-August 17, 2021
ISMAIL SABRI YAAKOB
KUMPULAN 15 Ahli Parlimen yang dikatakan menjadi punca kejatuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menolak pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.
Sumber memberitahu, sebaliknya kumpulan tersebut menamakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri selain Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun usaha memujuk 15 Ahli Parlimen berkenaan untuk memilih Ismail Sabri masih giat dilakukan.
“Jika Ahmad Zahid enggan menerima Ismail Sabri dan mahu bersama Pakatan Harapan (bagi membentuk kerajaan baharu), bermakna beliau dan kumpulannya akan mengkhianati UMNO dan melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang tegas dengan pendirian ‘No Anwar, NO DAP,” kata sumber itu seperti dilaporkan Berita Harian.
Sementara itu, sumber itu menambah, PN yang bermesyuarat malam tadi sepakat mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu.
“Pilihan ini juga dipersetujui Ahli Parlimen UMNO yang tidak bersama Ahmad Zahid. Sekarang terpulang kepada kem Ahmad Zahid, sama ada bersama kami atau sebaliknya.
“Jelas kini, ada 100 ahli Parlimen menyokong PN. Kita sepakat memberikan peluang parti terbesar dalam PN untuk menjadi Perdana Menteri,” kata sumber berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.