Thursday, August 19, 2021

Kumpulan pertama Ahli Parlimen sokong Ismail tiba di Istana

freemalaysiatoday.com
Ainaa Aiman
-August 19, 2021 10:49 AM


PETALING JAYA: Kumpulan pertama Ahli Parlimen Umno yang dikatakan menyokong Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mereka tiba pada 10.37 pagi tadi.

Sebanyak 144 wakil rakyat yang dikatakan ada menyerahkan akuan berkanun menyokong Ismail dipanggil menghadap Agong.

Sumber memaklumkan wakil rakyat berkenaan dari pelbagai parti yang menganggotai pentadbiran Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

Mereka dikatakan akan tiba secara berkumpulan bermula pagi hingga petang hari ini.

Terdahulu, Peguam Negara Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali tiba di Istana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-