Tuesday, August 17, 2021

LANGSUNG: Agong dijangka bertemu semua pemimpin parti serentak

malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan 17 Aug 2021, 1:34 pm
Dikemaskini 2:07 pm

Yang di Pertuan Agong akan bertemu semua pemimpin parti pada pukul 2 petang hari ini, susulan peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ikuti laporan langsung Malaysiakini mengenai perkembangan itu.

1.30PM: Menurut sumber, Agong dijangka bertemu dengan semua pemimpin parti serentak dan bukannya satu per satu.

Ketika ini tidak dapat dipastikan apakah akan ada hasil mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri dari pertemuan ini.

Semua ahli parlimen telah diarahkan untuk menulis surat kepada istana dan memilih perdana menteri pilihan mereka menjelang jam 4 petang esok.

1.45 pm - Antara pemimpin politik yang tiba adalah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Astro Awani melaporkan bahawa Bersatu akan diwakili oleh setiausaha agungnya Hamzah Zainuddin, dan bukannya presiden parti Muhyiddin.

1.58 pm - Lebih ramai pemimpin parti politik tiba di istana, termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Borneo Post melaporkan bahawa GPS akan menghadiri pertemuan hari ini dengan Agong secara maya.

[Laporan penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-