Tuesday, August 3, 2021

Menteri tenaga letak jawatan

malaysiakini.com
Diterbitkan 3 Aug 2021, 6:05 pm
Dikemaskini 6:14 pm
Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli.

Anggota parlimen Lenggong daripada Umno berkata langkah itu diambil susulan pendirian partinya yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Malah, katanya, pimpinan Umno yang mencadangkan dia sebagai menteri sebelum ini.

“Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli jemaah menteri kerajaan persekutuan,” katanya.

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Shamsul mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai ahli parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-