Showing posts with label letak jawatan. Show all posts
Showing posts with label letak jawatan. Show all posts

Tuesday, August 3, 2021

Menteri tenaga letak jawatan

malaysiakini.com
Diterbitkan 3 Aug 2021, 6:05 pm
Dikemaskini 6:14 pm
Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli.

Anggota parlimen Lenggong daripada Umno berkata langkah itu diambil susulan pendirian partinya yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Malah, katanya, pimpinan Umno yang mencadangkan dia sebagai menteri sebelum ini.

“Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli jemaah menteri kerajaan persekutuan,” katanya.

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Shamsul mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai ahli parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Saturday, July 10, 2021

Kenyataan Muhyiddin, Zahid letak jawatan palsu, kata pembantu

malaysiakini.com
Diterbitkan 10 Jul 2021, 7:14 pm
Dikemaskini 7:26 pm

Dua kenyataan berasingan yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan adalah palsu, menurut pembantu kedua-dua pemimpin itu.

Kenyataan palsu mengenai Muhyiddin meletakkan jawatan mendakwa perdana menteri itu berundur selepas kerajaan gagal membendung Covid-19.

Pejabat Muhyiddin menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, kenyataan palsu mengenai peletakan jawatan Zahid dikaitkan dengan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan. Surat palsu itu tidak menyatakan sebab peletakan jawatan. Pegawai Zahid menafikan dakwaan itu.

Kenyataan palsu itu hadir setelah Zahid mencabar Muhyiddin untuk meletakkan jawatan susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan menarik balik sokongan kepada perdana menteri.

Untuk rekod, tidak jelas jumlah ahli parlimen Umno daripada 38 kesemuanya yang menyokong keputusan itu.

Pengkritik Zahid menyifatkan presiden Umno itu tidak memberi gambaran sebenar keputusan MKT Umno.

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, yang tidak bersetuju partinya menarik diri daripada menyokong PN mendakwa sebahagian besar ahli MKT Umno juga tidak menyokong keputusan itu.

Berdasarkan penelitian Malaysiakini, Zahid mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan ahli parlimen Umno.

Namun, dia tidak mungkin dapat menyingkirkan Muhyiddin dalam waktu terdekat..

Peguam Negara Idrus Harun pula berkata "tiada fakta jelas" Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

Kata Idrus, majoriti mesti diputuskan oleh setiap ahli parlimen itu sendiri dan bukannya melalui kenyataan presiden parti.

Parlimen hanya akan bersidang pada 26 Julai ini.

Wednesday, April 19, 2017

Pengasas BERSATU umum keluar Parti Bersatu

Zulaikha Zulkifli 
Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti.

Kamarulazman Habibur Rahman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi BERSATU turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.

"Hari ini saya ingin umumkan peletakan jawatan saya sebagai ketua penaja bahagian BERSATU Teluk Kemang.

"Saya juga menolak tawaran sebagai pengerusi perhubungan BERSATU Negeri Sembilan dan saya letak jawatan saya sebagai setiausaha kerja BERSATU pusat.

"Saya juga letak jawatan sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi BERSATU. Dan akhir sekali saya undur diri dari jadi ahli BERSATU," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.

Sunday, November 22, 2015

Lagi berita palsu mengenai tekanan terhadapa Presiden Umno supaya meletakkan jawatan

Lagi cawangan Umno desak Najib letak jawatan

Hari ini, 12:59 petang Hari ini, 1:05 petang
Tekanan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan semakin kuat apabila sebanyak 34 cawangan Umno lagi dari lima buah negeri mendesak beliau melepaskan jawatan presiden Umno.

Ketua-ketua Umno cawangan dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah sebulat suara mendesak agar Najib meletakkan jawatan itu selepas mengadakan pertemuan semalam.

Ini kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kredibilitinya memimpin parti itu, lapor Sinar Harian Online hari ini.

Ketua Umno cawangan Taman PD (Port Dickson) Utama Mohd Isa Mohd Yasin berkata mereka memberi sokongan penuh dan meletak harapan yang tinggi terhadap Najib semasa peralihan jawatan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi kepada beliau.

"Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan Umno," katanya seperti dilapor portal itu.

"Melalui mesyuarat ini juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang tampil membuat kritikan kepada parti," katanya lagi.

Portal itu juga melaporkan Mohd Isa juga mendakwa pihak mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain di seluruh negara dan bercadang untuk mengadakan himpunan besar-besaran bulan depan.

Bagaimanapun lokasi untuk perhimpunan itu masih belum ditetapkan, katanya dalam laporan itu.

"Kita yakin akan mendapat sokongan lebih satu perempat daripada cawangan Umno di seluruh negara.

"Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam Umno kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua Umno cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan," katanya.

Pada bulan lalu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar kawasan Telok Kemang turut mendesak Najib berbuat demikian manakala Rabu lalu pula sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang turut menggesa perkara yang sama.

Saturday, June 6, 2015

Mat Sabu akan letak jawatan dalam kerajaan P Pinang

SALMIYAH HARUN
KUALA SELANGOR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan melepaskan semua jawatan dalam syarikat milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata, keputusannya itu sebagai satu tindakan patuh kepada kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat yang menggesa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

"Minggu ini saya akan letak jawatan sebagai Pengurus Syarikat Air Pulau Pinang.

"Saya mulakan terhadap diri saya. Nanti saya dikata tidak patuh pada Ulamak," katanya yang turut dikuti tepukan gemuruh para perwakilan, pemerhati dan media pada sesi penggulungan Muktamar PAS Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, petang ini.

Mohamad dilantik sebagai Pengurus Air Pulau Pinang dan Pengerusi Halal Hub dalam syarikat milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas DAP berjaya memerintah negeri itu pada PRU12 lalu.

Terdahulu, beliau sebagai Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO PAS Pusat menasihatkan kepimpinan baru agar mengadakan hubungan erat dengan badan-badan bukan kerajaan.

"40 peratus di kalangan anak muda Malaysia memilih NGO. Tanpa sokongan NGO sukar untuk kita capai kemenangan dalam pilihan raya," katanya. - HARAKAHDAILY

Sunday, May 10, 2015

"Saya tak akan tunduk kepada tekanan letak jawatan PM, Presiden UMNO" - Najib

TAWAU, 10 Mei:

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau tidak akan berganjak daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang.

Najib berkata, selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai Presiden parti, beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan.

“Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya,” Najib menegaskan ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai ketua kerajaan dan UMNO.

Penegasan itu yang dinyatakan Najib dengan suara lantang yang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang memenuhi Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.

Katanya, jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNOdiperolehi beliau secara proses demokrasi.

Ia ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara, dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Najib yang ingin mendengar suara sokongan hadirin dengan melaungkan “rakyat Sabah sokong…” sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh “Najib, Najib, Najib” oleh orang ramai yang hadir.

Perdana Menteri juga sempat membacakan satu falsafah Bugis bagi menggambarkan tegas dan kukuhnya pendirian beliau.

“Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan,” Najib memetik falsafah Bugis itu ketika berucap pada program perasmian Projek Perumahan Rakyat di Kota Belud pagi tadi.

Najib mengingatkan, satu suara yang lantang mendesak beliau berundur tidak mungkin lebih besar daripada suara rakyat yang memberi mandat kepadanya memerintah negara, atau ahli UMNO yang mengundinya sebagai presiden, malahan suara orang ramai yang hadir di Kota Belud pada Ahad.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/05/10/saya-tak-akan-tunduk-kepada-tekanan-letak-jawatan-pm-presiden-umno-najib/#ixzz3ZjjFslnE

Friday, February 13, 2015

Setiausaha akhbar Azmin Ali letak jawatan

"Saya berharap alasan di sebalik peletakan jawatan ini tidak dijadikan spekulasi," jelas Radzi. - Foto Facebook Radzi Razak

KUALA LUMPUR, 13 Februari :

Setiausaha akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Radzi Razak hari ini mengumumkan perletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Radzi hari ini, beliau berkata keputusan perletakan jawatan itu dibuat atas alasan masalah kesihatan.

“Saya ingin mengumumkan saya tidak lagi mewakili kerajaan negeri Selangor sebagai setiausaha akhbar Menteri Besar Selangor.

“Selepas perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan, semua bersetuju bahawa saya perlu mencari penyelesaian berhubung masalah kesihatan saya,” katanya.

Radzi yang merupakan bekas wartawan portal Malaysiakini turut berharap agar perletakan jawatannya tidak dijadikan sebarang isu berbangkit kelak.

“Saya berharap alasan di sebalik peletakan jawatan ini tidak dijadikan spekulasi,” jelasnya.

Radzi yang juga aktivis media bersama Gerakan Media Marah (GERAMM) berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Mohamed Azmin selama hampir empat bulan sejak November tahun lalu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/13/setiausaha-akhbar-azmin-ali-letak-jawatan/#ixzz3Rdpga34e

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-