Monday, October 4, 2021

‘Jatuhkan’ kerajaan Melaka: Idris Haron, Nor Azman gugur keahlian Umno

FMT Reporters
-October 4, 2021 6:58 PM

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Keahlian bekas Menteri Besar dan ADUN Sungai Udang, Idris Haron serta ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan dalam Umno tergugur secara automatik kerana terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Melaka.

Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh berkata, ini susulan tindakan mereka menyatakan secara terbuka tidak lagi bersama kerajaan negeri.

“Apabila dinyatakan dalam sidang media secara terbuka mereka bersama dengan parti tidak membentuk kerajaan dan meruntuhkan kerajaan, maka secara automatik akan tergugur haknya sebagai ahli Umno,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-