Friday, November 12, 2021

Hanya BN dan PH dapat liputan televisyen, kenapa tak saksama: Muhyiddin

agendaily.com
12/11/2021

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemilik saluran televisyen perlu memberi liputan saksama terhadap parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana kekangan sepanjang tempoh berkempen kali ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mempersoalkan langkah pihak saluran televisyen dan pengamal media arus perdana yang cenderung memberi lebih banyak liputan kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah hanya dua parti tersebut sahaja bertanding di Melaka.

“Semalam saya melihat dalam televisyen nampaknya macam tak ada parti lain bertanding.

“Barisan Nasional saja, dan Pakatan Harapan sedikit sebanyak. Macam PN tak ada langsung,” katanya pada program Pentas PRN Melaka yang turut disiarkan secara langsung di Facebook.

Keadaan tersebut menurut Muhyiddin adalah tidak saksama dan adil kepada calon PN, walhal sepatutnya liputan di kaca televisyen perlu seimbang diberikan kepada parti yang bertanding dalam PRN Melaka.

Beliau menggesa supaya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa agar meneliti keadaan tersebut kerana PN juga berdepan kesukaran memperkenalkan calon-calon mereka kepada orang ramai.

“Saya minta YAB Perdana Menteri, menteri penerangan, Tan Sri Annuar Musa dan juga pihak televisyen yang ada, media, berlaku adil supaya dalam situasi sukar di waktu pandemik Covid-19 ada ruang dan peluang memperkenalkan parti kita dan calon-calon kita yang bertanding di negeri Melaka ini,” katanya lagi.

Selain itu, Muhyiddin turut menggesa kerajaan memberikan kelonggaran terhadap kekangan berkempen secara bersemuka, dengan meminta calon-calon bertanding dibenarkan bertemu pengundi.

“Sebagai contoh, supaya calon-calon kita yang bertanding ini diberikan lebih banyak kemudahan, kebebasan untuk boleh turun (berkempen).

“Pasal kalau calon tak turun berjumpa dengan pengundi, saya kira agak tidak memberikan gambaran yang baik, seolah-olah kita ini sombong, tak sedia jumpa (pengundi).

“Maklumlah di kampung mereka berharap kita datang berjumpa tapi ada halangan dan sekatan,” katanya lagi.

Terdahulu, Annuar erkata kerajaan bersedia menimbang untuk memberi ruang kepada calon PRN Melaka termasuk dari pembangkang untuk berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Annuar berkata ini kerana kerajaan memahami kesulitan dialami semua parti politik terutama calon baru untuk berkempen dalam suasana norma baru.

“Saya faham masalah mereka dan saya terima hakikat bahawa ada orang cakap ia sedikit ‘handicap’ (sulit) terutama kepada calon baru.

“Walaupun parti politik memperkenalkan kaedah baru (berkempen), tetapi masih (ada keperluan) memberi peluang kepada mereka muncul di rangkaian televisyen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-