gemilangdaily.com
28/11/2021 4:40 PM
Masa ‘makan’ sahabat lah, masa lain tipu kiri kanan, tegur Veteran Pas kepada Umno.Veteran Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun menyifatkan persahabatan antara Umno dengan Pas hanya ketika makan sahaja.
Tetapi dalam pentadbiran, Pas ditipu depan, belakang kiri dan kanan oleh rakan-rakannya, kata Yang Dipertua Pas kawasan Rantau Panjang itu.
“Bersahabat waktu makan jer. Didalam pentadbiran tidak bolih harap. Tipu depan belakang, kiri kanan. Segenap sudut tidak bolih harap?” tulis beliau menerusi facebook beliau hari ini.
Fatah menulis demikian sambil memasukkan video ahli Parlimen Umno dan Pas bercakap ketika makan di Parlimen.
Beliau dipercayai merujuk kepada tindakan kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Ismail DSabri Yaakub yang disertai Pas menyekat usaha memberikan royalti petroleum yang dimulakan oleh Pakatan Harapan kepada kerajaan negeri Kelantan.
Pengumuman mengenainya telah dibuat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam satu jawapannya di Dewan Rakyat minggu lalu.
Kerajaan Kelantan pimpinan menteri besar Datuk Ahmad Yakub telah membuat kenyataan menuntut kerajaan persekutuan memberikan penjelasan mengenainya.
Ini kerana Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada tahun 2018 ketika PH mula memerintah negara telah membuat keputusan untuk menukarkan wang ihsan kepada royalti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com NS Ramli Diterbitkan: Mar 23, 2024 8:33 PM Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menj...
-
malaysiakini.com Zarrah Morden & Shakira Buang Diterbitkan: Mar 25, 2024 3:06 PM Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanafi hari ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -25 Mar 2024, 12:16 AM Zaid Ibrahim membidas ‘ribuan bijak pandai’ yang membisu berhubung reaksi terhada...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 24, 2024 1:39 PM Ketua Pemuda Umno , Akmal Saleh mengingatkan pemilik pasar raya Mydin, Ameer Ali Mydin b...
-
bharian.com.my Mac 28, 2024 @ 10:16pm Anggota polis mengiringi sami Buddha Galagodaatte Gnanasara ke penjara di mahkamah tinggi Colombo. - F...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -27 Mar 2024, 06:19 PM Bekas menteri undang-undang itu mengkritik penjualan 50.2% pegangan dalam Icon Of...
-
freemalaysiatoday.com Mohd Farhan Darwis -28 Mar 2024, 07:30 AM Penganalisis berkata BN juga perlu memastikan mereka mampu menang tidak kura...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 25, 2024 8:30 AM Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berharap Anwar Ibrahim akan berkhidmat se...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 27, 2024 12:53 PM Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di land...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 28, 2024 5:04 PM Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi mendakwa kritikannya terhadap...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.