perakinsights.com
November 20, 2021 10:10 am
Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan, malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menghantar nama bekas Perdana Menteri (PM) itu untuk diberi gelaran ‘Tun’.
Sumber Agenda Daily boleh mengesahkan nama Najib dihantar PM kepada Istana Negara yang mencadangkan agar gelaran tertinggi negara itu diberikan kepadanya atas alasan pernah menjadi pemimpin nombor satu negara dan sebagai tanda penghargaan terhadapnya.
“Nama Najib dihantar Ismail Sabri kepada Istana Negara untuk diberi gelaran Tun pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
“Bagaimanapun tidak ada sebarang maklum balas dari Istana Negara berhubung cadangan nama Najib tersebut,” kata sumber.
Jelas sumber lagi, cadangan nama Najib itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.
Menurut sumber, satu lagi nama pemimpin negara yang namanya turut dihantar kepada Istana Negara untuk dipertimbangkan diberi gelaran tersebut adalah PM kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak istana.
Untuk rekod, Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran “Lord” di United Kingdom.
Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM).
Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
Kebanyakan penerima anugerah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperti PM. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang juga bergelar ‘Tun’.
Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 13 November baru-baru ini, seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran “Tun” kepada bekas Ketua Hakim Negara Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan Felda Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.
Terdahulu, media melaporkan Najib memohon “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2.8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di kejiranan paling eksklusif Kuala Lumpur.
Permohonan tersebut menurut portal MalaysiaNow sudah menerima kelulusan daripada kerajaan namun dibantah menteri dan pegawai kanan.
Difahamkan Najib membuat permohonan tersebut setahun selepas digulingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 dan sekali lagi tahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau disabitkan bersalah bagi kes rasuah melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Susulan pendedahan tersebut, bekas PM dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan membidas kerajaan kerana memberikan keistimewaan tersebut kepada Najib kerana berstatus banduan selepas disabitkan hukuman jenayah dan sedang dalam proses rayuan.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiadateline.com Oleh ROSLAN ZAMAN 26/09/2024 Semalam secara rasminya bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Musa Hitam dilantik s...
-
harakahdaily September 26, 2024 Tuan Guru Abdul Hadi berjaya menyelesaikan misi musafir di Tehran, Iran dan Istanbul, Turkiye. KUALA LUMPUR:...
-
bhnews.bh.com.my Oleh Amir Mamat September 29, 2024 Dr Muhamad Akmal pada sidang media selepas selesai memberi keterangan di IPD Jasin, har...
-
harakahdaily,net September 27, 2024 Zurk Ahmad KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Kerajaan Madani didesak sa...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 28, 2024 9:43 PM Gabungan Madani memenangi pilihan raya kecil (PRK) Mahkota dengan kemenangan besar, deng...
-
freemalaysiatoday,com Nicholas Chung 01 Oct 2024 Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari USM berkata pemimpin kanan seperti Hamzah Zainudin dan Azmin A...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 30, 2024 11:19 AM PAS menggesa masyarakat berhenti daripada menghukum kontroversi membabitkan Global Ikhw...
-
malaysiakini,com RK Anand Diterbitkan: Oct 1, 2024 8:55 AM Selepas disingkirkan daripada tampuk kuasa pada pilihan raya umum (PRU) 2018, Umn...
-
hmetro.com.my BERNAMA Petugas SPR dilihat membawa peti undi bagi PRK Dun Mahkota ketika tinjauan di Pusat Pengundian Sekolah Menengah Kebang...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my - September 27, 2024 @ 4:52pm Anwar ketika berucap pada majlis ramah mesra bers...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.