malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Nov 21, 2021 12:03 PM
ULASAN | Kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Melaka, termasuk kekalahan besar PKR merupakan referendum jelas terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim.
Anwar berkali-kali memperlihatkan bahawa dia sanggup membuat keputusan yang akhirnya dipersoalkan dalam usahanya memperolehi "majoriti yang kukuh dan meyakinkan".
Lebih buruk, dia mewajarkan tindakan mengambil ahli-ahli politik yang melompat parti dengan alasan untuk mengembalikan mandat rakyat.
Sekiranya Anwar tidak mahu mendengar kritikan dalam parti dan gabungannya sendiri, maka dia mesti mendengar suara pengundi.
PKR tewas di kesemua 11 kerusi yang ditandinginya, termasuk tiga kerusi yang dimenangi pada 2018 iaitu Machap Jaya, Kelebang dan Rembia.
Di Asahan, di mana Anwar meletakkan Idris Haron sebagai calon, PKR tewas kepada calon BN dengan majoriti 2,993 undi.
Idris mendalangi usaha mengambil alih kuasa sehingga mencetuskan pilihan raya mengejut. Langkah itu dibincangkan oleh Idris bersama PH sebelumnya.
DAP serta pemimpin lain dalam PKR dan PH menyuarakan bantahan keras terhadap PKR yang mencalonkan Idris (serta Amanah meletakkan Nor Azman Hassan, yang juga tewas), namun ia seperti tidak diendahkan.
Pengundi tolak hujah Anwar
Selaku pemimpin utama PKR dan PH, Anwar bertegas menerima wakil rakyat yang melompat dengan mengatakan mereka mengambil pendirian yang berprinsip.
Sebaliknya, Anwar mewajarkan tindakan itu dengan cuba menggambarkan Idris sebagai wira yang mahu mengembalikan kuasa PH di Melaka.
Jelas daripada keputusan PRN Melaka semalam, pengundi tidak menerima hujah tersebut.
Boleh dikatakan PKR dan PH bersaing secara sengit di banyak kerusi dan tewas dengan majoriti tipis.
Bagaimanapun, jurang kecil itu tidak dapat diatasi kerana sebahagian pengundi tidak keluar langsung untuk mengundi.
Peratusan keluar mengundi adalah 65.85 peratus, lebih rendah berbanding pilihan raya negeri Sabah tahun lepas.
Sama ada kebimbangan terhadap pandemik Covid-19, letik berpolitik, atau rasa tidak puas hati terhadap PH, jelas sekali tindakan yang menyebabkan pilihan raya mengejut itu memberi kesan buruk kepada Anwar dan PH.
Dan sebagai pemimpin utama, Anwar mesti bertanggungjawab atas kekalahan gabungan itu dalam pilihan raya negeri tersebut.
Sama ada dia perlu berundur atau memperkemaskan diri, sesuatu mesti dilakukan jika Anwar dan PH mahukan peluang sebenar dalam PRU ke-15.
ZIKRI KAMARULZAMAN adalah wartawan Malaysiakini.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 23, 2025 3:49 PM Kerajaan Madani yang diterajui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara meluas dianggap...
-
suara.tv By Janatul Firdaus Yaacob 21/01/2025 KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyambut cabaran usul undi tidak percaya terhadap Perd...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 23, 2025 11:19 AM Ahli Parlimen Kepala Batas berjaya mengumpul dana sebanyak RM830,034.75 untuk memenuhi ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 22, 2025 12:36 PM Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan bahawa dia tidak bermi...
-
malaysiakini.com By Janatul Firdaus Yaacob 22/01/2025 KUALA LUMPUR – Sekretariat perhimpunan antirasuah bertegas untuk meneruskan demonstras...
-
Kenapa MP-MP Umno membisu, takut kepada DAP? Pengambilalihan saham MAHB oleh entiti asing January 21, 2025 KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 22, 2025 8:50 PM Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng telah mengingatkan kerajaan bahawa sebarang percubaan untu...
-
malaysiakini.com B Nantha Kumar Diterbitkan: Jan 21, 2025 10:48 PM Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguna jalan raya p...
-
harakahdaily January 23, 2025 Serahan memorandum bantahan pengambilalihan saham MAHB Syed Hassan (tengah) ketika ditemui media di pekarangan...
-
harakahdaily January 21, 2025 KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia memandang serius kenyataan dikeluarkan pengasas dan penasihat Berjaya Corpor...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.