Wednesday, November 10, 2021

PRN Melaka: Pilih biru yang ‘ori’, jangan terpedaya biru cetak rompak, kata Zahid


FMT Reporters
-November 10, 2021 12:00 AM

Ahmad Zahid Hamidi berkata sokongan kepada BN ia akan dapat kembalikan perpaduan yang pernah dirampas daripada rakyat Malaysia pada PRU14.

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi Melaka supaya tidak tersalah pilih lambang biru selain Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) 20 Nov ini.

Beliau juga meminta supaya pengundi jangan terpedaya dengan parti politik yang turut menggunakan lambang biru seakan BN yang disifatkannya sebagai cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan.

“Rakyat Melaka tanpa mengira bangsa dan agama jangan tersilap memilih harapan palsu sekali lagi dan rakyat Melaka berbilang bangsa dan agama jangan tersilap pilih warna biru pada 20 Nov 2021.

“Mungkin ada biru kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Pastikan pilih biru BN yang original kerana original itu berkualiti. Jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan,” katanya di Facebook dipercayai merujuk kepada warna biru yang menjadi lambang Perikatan Nasional (PN).

Zahid berkata, dengan memberi sokongan kepada BN ia akan dapat kembalikan perpaduan yang pernah dirampas daripada rakyat Malaysia pada PRU14.

“BN mahu kembalikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang terus menerus merundum sejak 9 Mei 2018. Maka PRN Melaka sebagai langkah pertama dan kejayaan misi itu kini di tangan rakyatnya,” katanya.

Selain Pakatan Harapan (PN), BN akan berdepan PN di kesemua 28 kerusi DUN dalam PRN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-