Sunday, November 21, 2021

'Terserah kepada PAS'

hmetro.com
Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

Mohamad Hasan

Seremban: "Terserah kepada PAS," kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai kedudukan Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata, perkara itu terserah kepada PAS kerana pintu persefahaman antara UMNO dan parti itu masih terbuka meskipun UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) dilihat mampu bergerak bersendirian seperti hasil keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam.

"Kedudukan MN ketika ini adalah terserah kepada PAS. Saya selalu cakap, dalam kehidupan, kita mesti buka pilihan kita. Jangan tutup pintu, daripada dulu jika ada yang tanya, PAS kena buat keputusan.

"Terpulang kepada PAS, mahu bersama Perikatan Nasional (PN) ataupun MN, tetapi di Melaka mereka buat keputusan mahu dengan PN, apa yang boleh kami buat? Kami tidak pula mahu hidung tak mancung pipi tersorong-sorong itu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSona) Kali Ke-6 Sesi 2020, di sini, hari ini.

Mohamad yang juga Pengarah PRN Melaka BN berkata, UMNO akur dengan kehendak ahli akar umbinya menerusi keputusan yang diambil menerusi Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini iaitu tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Tetapi pada masa yang sama untuk perkukuhkan MN, itu sebabnya, kita hulur tangan dengan syarat gunakan lambang sendiri, kita tidak suruh guna lambang UMNO ataupun BN," katanya.

Disiarkan pada: November 21, 2021 @ 6:31pm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-