Thursday, December 9, 2021

Umno dukacita keputusan rayuan Najib ditolak

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-December 9, 2021 9:28 PM

Umno kekal berpandangan beberapa tokoh dituduh selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah bermotifkan pendakwaan politik.

PETALING JAYA: Umno dukacita terhadap keputusan rayuan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak, semalam.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata partinya berharap agar keputusan rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan kelak dapat diadili dengan saksama.

“Menzahirkan rasa dukacita terhadap keputusan rayuan kes Najib. Tanpa hilang hormat kepada keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

“Ramai beranggapan bahawa beberapa tokoh yang dituduh selepas PRU14 adalah kerana bermotifkan pendakwaan politik. Umno percaya bahawa sistem kehakiman negara perlulah sentiasa menjunjung prinsip keadilan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat MKT Umno, semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-