Monday, January 10, 2022

Makkal Sakhti sasar 4 kerusi parlimen, 5 DUN

malaysiakini.com

Diterbitkan: Jan 10, 2022 4:58 PM

Parti Makkal Sakthi (MMSP) menyasarkan untuk bertanding sebanyak empat kerusi parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Presidennya, RS Thanenthiran.

Katanya, seperti diketahui, Ahmad Zahid Hamidi selaku pengerusi BN telah menjanjikan kerusi kepada parti berkenaan.

"Kami telah membuat satu resolusi dalam perhimpunan tahunan kami dan memohon empat kerusi parlimen dan 5 kerusi DUN.

"Ini tidak akan menjejaskan kerusi-kerusi parti komponen BN yang sedia ada," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini melaporkan parti itu menyasarkan untuk bertanding di tujuh kerusi DUN.

Bagaimanapun, Thanenthiran menjelaskan ia tidak akan menjejaskan kerusi parti komponen lain yang bertanding di bawah gabungan BN.

Parti komponen lain di bawah BN termasuk Umno, MCA, MIC dan PBRS.

Sementara itu, Thanenthiran berkata MMSP menyokong saranan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan agar PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

"MMSP menyokong kenyataan Mohamad Hasan berkenaan untuk mengadakan PRU15 dengan segera kerana keadaan politik yang tidak menentu dan stabil ini telah menggugat keadaan di negara kita. PRU15 harus diadakan segera supaya rakyat keadaan politik yang stabil," katanya.

Pada September lalu, Zahid berkata BN mungkin meletakkan calon daripada MMSP dan menyifatkan parti itu sebagai aset kerana menyokong BN sejak sekian lama.

Parti berasaskan kaum India itu didakwa telah menunggu selama 13 tahun untuk bertanding di bawah bendera BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-