tuncarlos.com
January 25, 2022
SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang disandangnya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Ditemui media sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU di sini malam ini, Muhyiddin menjelaskan keputusan itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai calon muka baharu ditampilkan parti itu dalam PRN berkenaan.
"Saya mungkin tidak akan bertanding. Ini terserah kepada pimpinan tentukan (calon). Saya mahu tumpukan sepenuh masa kepada yang lebih utama iaitu Parlimen, menguruskan parti pada peringkat pusat dan menyampaikan mesej perjuangan kita.
"Jadi saya mahu bagi peluang kepada tokoh di Johor dan terserah kepada merekalah siapa yang mahu diisi, kita akan putuskan nanti," katanya di sini.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Muhyiddin menang di DUN Gambir selepas memperoleh majoriti 3,088 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk M Asojan serta calon PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan tarikh penting iaitu hari penamaan calon, hari mengundi awal dan mengundi biasa bagi PRN Johor selepas mesyuarat khas mereka pada 9 Februari ini.
PRN Johor diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Sabtu lalu berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
Pakatan Rakyat sudah semakin longgar pakatan nya. Ini telah terbukti semasa parti itu menjalankan strategi kempen nya N31 Bagan Pinang. Ol...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandi...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
Wak cube tanam pokok ni cume untuk suke2 aje, nampak nye tanaman ni dah mule mengeluarkan hasil nye. Buah ni masih mude lagi dan rase ...
-
Ni yang Wak tersangat hairan sekali, ade pulak yang kene main goncang2 pulak baru mau jadi. Kalu tak goncang make iayenye tak boleh menjad...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.