Sunday, January 23, 2022

UMNO dan PAS Selangor teruskan MN

ismaweb.net
zuhayati


Tak boleh ikut jejak Kelantan kerana kedua-dua parti pembangkang
BANGI, 20 Jamadilakhir 1443H, Ahad – UMNO Selangor akan meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN).

Perkara tersebut ditegaskan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sambil menjelaskan PAS dan UMNO Selangor kini berada di blok pembangkang.

Keadaan tersebut tegasnya, menghalang pihaknya mengikuti langkah UMNO Kelantan.

“Kami di Selangor berbeza sikit dengan negeri lain, sebab di Selangor UMNO dan PAS adalah sama-sama pembangkang.

“Kalau kita kaji sejarah penubuhan MN, ia ditubuhkan ketika UUMNO jadi pembangkang di Parlimen termasuk juga PAS.

“Jadi apabila sama-sama jadi pembangkang, suara kita sama,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Noh dalam masa sama menegaskan, sehingga kini perjalalanan MN di negeri ini masih berjalan lancar dan diteruskan seperti biasa.

Malah, beliau menegaskan, masih berpegang kepada keputusan usul yang dibuat oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk mempertingkatkan kerjasama dalam MN.

“Walau apa pun, kita ada ketua parti dan akhirnya keputusan itu dibuat kena bersama-sama,” katanya.

Semalam, UMNO Kelantan membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengan PAS negeri menerusi MN berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pertemuan antara Biro Politik UMNO Kelantan dan Dewan Harian PAS Kelantan gagal mencari kata putus berhubung kerjasama kedua-dua parti dalam MN.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-