Diterbitkan: Apr 4, 2022 12:08 PM
Bagai pucuk dicita ulam yang mendatang - Anwar Ibrahim hari ini menerima cabaran Najib Razak untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan syarikat Sapura.
Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari ini, Anwar berkata dia pernah mencabar Najib sejak sedekad lalu namun ia tidak bersambut.
"Saya bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan Najib," katanya.
Ahli parlimen Port Dickson itu turut mengiringi kesanggupannya dengan serangkap pantun:
Tuan Puteri pergi ke Lukut,
Bawa pulang kacang panjang;
Sedikit pun hamba tak takut,
Kalau berani turun gelanggang.
[Laporan lanjut menyusul]

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.