Friday, May 13, 2022

Bermulanya pemilihan PKR

malaysiakini.com

Diterbitkan: May 13, 2022 8:31 AM

Hari ini bermulanya pemilihan PKR yang akan berlangsung selama 10 hari.

Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas bagaimana pemilihan ini berjalan dan jawatan yang dipertandingkan.

Jawatan yang dipertandingkan

Tiada pertandingan untuk jawatan presiden PKR dengan Anwar Ibrahim mengekalkan jawatan itu tanpa persaingan.

Bermula hari ini sehingga 22 Mei, ahli PKR akan mengundi:

Kepimpinan peringkat cabang

Timbalan presiden dan empat naib presiden dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP)

Ketua, timbalan ketua dan empat naib ketua Wanita

Ketua, timbalan ketua dan empat naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)

20 anggota MPP, ahli jawatankuasa Wanita dan AMK hanya akan diundi ketika kongres kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 24 dan 25 Jun.

Pencalonan bagi jawatan ini hanya akan dibuat pada 28 Mei.

Kenapa pemilihan memakan masa lama?

Terdapat dua jenis pengundian untuk kepimpinan PKR.

Pertama adalah sistem satu anggota satu undi, di mana setiap anggota dapat membuat pemilihan mereka. Sistem ini hanya untuk kepimpinan peringkat cabang, enam kedudukan tertinggi dalam MPP, Wanita dan AMK.
Di Malaysia, hanya PKR yang mengamalkan sistem ini yang dipantau oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Berikut adalah tarikh pengundian di setiap negeri:

13 Mei - Terengganu dan Kelantan

14 Mei - Kedah, Johor dan Sabah

15 Mei - Pahang dan Wilayah Persekutuan

16 Mei - Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan

21 Mei - Selangor

22 Mei - Perak dan Sarawak

Parti juga akan menjalankan undian atas talian menerusi aplikasi Adil pada 17 Mei bagi anggota yang tinggal di luar negara dan antara 18 hingga 20 Mei bagi mereka yang memilih untuk berbuat demikian.

Sistem pengundian kedua hanya untuk perwakilan parti dalam kongres pusat, Wanita dan PKR. Mereka akan memilih 20 anggota MPP.

Perwakilan ini - kira-kira 2,000 orang - akan dipilih ketika mesyuarat agung peringkat cabang.

Bila keputusan diumumkan?

Menurut Pengerusi JPP Zaliha Mustafa, keputusan akan diumumkan “dalam tempoh 24 jam” pada 22 Mei.

Namun dijangka keputusan “tidak rasmi” akan muncul selepas setiap sesi pengundian tamat.

Bagi pemilihan peringkat cabang, keputusan akan diumumkan pada 23 Mei.

Adakah anggota dapat mengundi dalam talian dan secara fizikal?

Tidak. Mereka yang telah mendaftar untuk mengundi dalam talian perlu menunggu sehingga 17 hingga 20 Mei untuk membuat pilihan mereka.

Anggota lain pula boleh mengundi secara biasa di pejabat cabang masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-