Tuesday, May 17, 2022

Hadi beritahu PAS teguh bersama dalam PN: Muhyiddin

agendaily.com
17/5/2022
Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang.

PAS masih teguh dan istiqamah kekal bersama Perikatan Nasional (PN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata komitmen tersebut dinyatakan semasa pertemuan dengan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini, malah ruang diberikan sepenuhnya kepada rakan parti PN itu untuk mengambil langkah yang berlandaskan prinsip penyatuan ummah.

“Tak apa, kita tidak menghalang mereka (PAS sertai Muafakat Nasional), akan sampai tahap nanti dapat keputusan muktamad. Jadi tak jadi atau sebagainya.

“Tapi disebut PN, kita (Bersatu dan PAS) masih dalam PN. PAS dalam pertemuan dengan saya pada hari raya baru-baru ini bersama presiden dan setiausaha agungnya menyatakan mereka beristiqamah dalam PN.

“Tapi apa PAS nak buat, ada usaha tertentu tak apalah. (Namun) kita tetap akan duduk semeja bincang apa yang terbaik untuk PN dan apa yang penting terbaik untuk negara,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa parti berkenaan akan terus menjalinkan kerjasama dengan UMNO kerana agenda penyatuan ummah adalah tunjang utama dalam MN.

“Perjuangan PAS tidak bersandarkan kepada agenda kepartian atau survival politik parti-parti tertentu semata-mata, sebaliknya melihat kepada agenda lebih besar iaitu penyatuan ummah.

“Kita akan terus berusaha melakukan perbincangan bersama UMNO demi memastikan kerjasama terjalin antara dua parti terus utuh walaupun ada sesetengah pemimpin menyifatkan MN sudah berkubur,” katanya.

PAS masih berharap kerjasama atas platform MN dapat diteruskan, ia meskipun Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pendirian untuk tidak lagi meneruskan kerjasama tersebut.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana parti PN untuk mengambil sebarang langkah untuk berpegang kepada prinsip penyatuan ummah.

“Kita dulu pun cuba MN, tetapi ditolak walaupun tidak dijawab secara rasmi. Jadi PAS yang nak ambil usaha berkenaan, sama ada itu akan berhasil atau tidak, itu Wallahualam.

“Saya tidak dapat memastikannya kerana kenyataan daripada pihak UMNO termasuk Presidennya (Zahid) menyatakan bahawa sudah sampai masa, tidak akan ada lagi MN,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-