Friday, May 20, 2022

Pendakwaan mohon panggil Arul Kanda beri keterangan terhadap Najib

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: May 20, 2022 12:04 PM
Ketua pendakwaan, Gopal Sri Ram, pada perbicaraan kes meminda laporan audit akhir 1MDB, hari ini memohon untuk memanggil tertuduh bersama, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) firma pelaburan negara itu, Arul Kanda untuk memberi keterangan lisan terhadap Najib Razak.

Sebelum ini pada 18 Nov 2019, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka bercadang untuk memanggil Arul Kanda.

Semasa prosiding di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan pagi ini, Sri Ram berkata Arul Kanda mempunyai maklumat penting yang boleh membantu kes terhadap Najib.

“Tertuduh (Arul Kanda) mempunyai maklumat berhubung transaksi ke atas tertuduh bersama (Najib), yang akan memberi kesan terhadap keputusan pendakwaan kepada tertuduh (Najib).

“Dia (Arul Kanda) mempunyai maklumat dalam simpanannya yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap tertuduh satu lagi (Najib) berhubung pertemuan yang diadakan pada Februari (24, 2016), peristiwa yang mendahuluinya dan peristiwa susulan pertemuan itu,” kata Sri Ram.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya sebagai menteri kewangan ketika itu dalam mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Tertuduh bersama - Arul Kanda - pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa keputusan untuk membuat pindaan telah diambil semasa mesyuarat pada 24 Feb 2016, di pejabat ketua setiausaha negara ketika itu, Ali Hamsa.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-