Friday, May 20, 2022

Selepas UMNO semakin kuat, Zahid sedia berdepan saman Dr Mahathir

agendaily.com
20/5/2022
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa memfitnahnya.

Ancaman saman yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengentarkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia selepas bekas Perdana Menteri dua kali itu mahu menyaman berhubung fitnah pada 2017.

Terdahulu, Dr Mahathir menimbang untuk mengemukakan tindakan saman terhadap Zahid berhubung fitnah kad pengenalannya jika tiada permohonan maaf dibuat.

“Tak apa, kita jumpa di mahkamah,” kata Zahid dipetik laporan Malaysiakini.

Zahid hari ini menghadiri perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan tiada sebarang kenyataan permohonan minta maaf walaupun diancam Dr Mahathir dengan tindakan saman.

Zahid pada Julai 2017, menunjukkan gambar didakwa salinan kad pengenalan Dr Mahathir, yang menurutnya memaparkan namanya sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty“.

A/L adalah singkatan kepada “anak lelaki” yang biasa diguna pakai sesetengah kaum, termasuk India.

Kutty ialah nama dalam bahasa Tamil.

Menyifatkan Zahid sebagai seorang pembohong tegar, Dr Mahathir mendakwa Zahid mempunyai niat untuk memburukkan dirinya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

“Sebelum ini saya tidak gemar mengguna mahkamah walau ramai yang memfitnah saya kerana saya sedar di dalam kempen politik akan ada yang bertindak di luar batas dan had.

“Tetapi kali ini saya merasa perlu bertindak kerana sikap pembohong Zahid ini amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu sahaja.

“Ia bukan saja kerana ia merosakkan reputasi saya tetapi penipuannya kepada penyokong UMNO dan orang Melayu lain demi untuk dia mahu kekal berkuasa amat merbahaya,” katanya.

Terdahulu, Zahid menyaman Dr Mahathir berhubung kenyataannya terhadap dirinya pada sidang akhbar 23 Feb tahun ini.

Berikutan itu, Dr Mahathir pada 17 Mei memfailkan afidavit sebagai jawapan kepada saman Zahid, dengan memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan pertemuan itu, termasuk tarikh dan jadual hariannya pada tarikh berkenaan.

Dr Mahathir berkata Zahid telah berjumpa dengannya pada 7 Jun 2018, 13 Sept 2018, dan setiap hari dari 23 Feb hingga 25 Feb 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-