zuhayati
Gagasan hampir 'karam' kerana niat murni asal terpesong
Oleh Zuhayati YazidBANGI, 24 Syawal 1443H, Rabu – Sepatutnya Muafakat Nasional (MN) dilebarkan saiz dengan melibatkan beberapa parti lain, memandangkan penubuhannya untuk membela agenda ummah termasuk mahu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Namun malangnya, gagasan yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada kesatuan Melayu, kelihatan hampir karam gara-gara krisis politik yang tidak berkesudahan.
Presiden parti BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, gagasan yang disepakati dua parti utama negara itu kini semakin rapuh.
“Semuanya berpunca apabila apabila niat murni terpesong dengan agenda kepartian masing-masing.
“UMNO melihat MN sebagai talian hayat demi kelangsungan parti, manakala PAS pula melihat sebagai laluan untuk berkuasa di Putrajaya.
“Perbezaan dari sudut pandang inilah menjadikan MN tidak bertahan lama dan kini retak menunggu belah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Bagaimanapun jelas beliau, UMNO juga merupakan punca utama keruntuhan gagasan tersebut apabila dilihat semakin angkuh dan tamak.
“Kemenangan UMNO melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini juga telah menjadikan parti tersebut konon perasan sudah mampu bergerak solo bagi menghadapi PRU15.
“Tapi mereka lupa apabila pernah dibuang rakyat sehingga sanggup menagih simpati mencari kekuatan PAS yang kononnya mahu mengembangkan ukhwah.
“Inilah dikata pentingkan diri sendiri, hanya memerlukan di saat kesedihan semata-mata,” katanya.
Justeru, Ustaz Zamani berharap ‘kisah sedih’ ini memberi pengajaran kepada PAS supaya berfikir di luar ruang lingkup MN sedia ada.
“PAS tidak perlu lagi dilihat sebagai “pipi tak mancung hidung tersorong sorong” sebaliknya parti tersebut perlu lebih proaktif dalam menyusun strategi menyatukan parti-parti dengan agenda yang lebih besar.
“Dengan kejayaan itu nanti, maka barulah UMNO mampu “disekolah” melalui pentas PRU15 nanti,” katanya.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan MN dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dan soal masa depan kerjasama itu sewajarnya dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti untuk diputuskan.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.