malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jun 20, 2022 5:30 PM
BICARA 1MDB l Akaun AmBank Najib Razak yang berakhir dengan nombor akaun 694 menerima AS$61 juta pada 23 Mac 2013, kata pengurus Unit Swift (pemindahan dana dan sekuriti elektronik masa nyata) bank perdagangan itu.
Wedani Senen memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi bahawa akaun lain bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 880 pula menerima lebih 9.4 juta pound sterling antara 23 Jun dan 18 Dis 2014.
Semasa perbicaraan rasuah RM2.28 bilion 1MDB membabitkan Najib, Khamis lalu, Wedani yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata tertuduh menerima jumlah wang hampir AS$670 juta dalam akaun AmPrivate Banking-MR miliknya antara 2011 dan 2013.
Keterangannya hari ini adalah berhubung dakwaan tambahan tujuh transaksi yang dibahagikan antara nombor akaun Najib yang berakhir dengan 694 dan 880 antara 2013 dan 2014.
Semasa pemeriksaan oleh timbalan pendakwa raya Najwa Bistamam, Wedani berkata AS$61 juta dipindahkan daripada Tanore Finance Corporation dalam satu transaksi.
Saksi itu memberi keterangan bahawa 9.4 juta pound sterling itu dipindahkan melalui enam transaksi daripada Blackrock Commodities (Global) Limited dan Vista Equity International Partners.
Najib, 68, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
[Baca berita penuh]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.