FMT Reporters
-June 30, 2022 6:40 PM
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mahu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa dakwaan parti itu menghantar akuan berkanun menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kepada Agong.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu meminta Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak cuba mengelak daripada memberi penjelasan berhubung akuan berkanun (SD) menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dengan mendesak kerajaan membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pastinya ahli Umno tertunggu-tunggu jawapan “pemimpin” yang disanjungi itu, yang ditujukan kepada Zahid.
“Jangan berdolak-dalik lagi Zahid, jawablah Tajuddin dengan segera supaya masyarakat, terutamanya ahli Umno dapat jawapan sebenar.
“Jawab yang itu dulu, sebelum nak sibuk urusan MPN. Bubar atau tidak, itu tak ada kena-mengena dengan kamu. Itu urusan kerajaan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Terdahulu, Zahid menyifatkan MPN tidak lagi relevan dengan tertubuhnya Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi kerana menurutnya, sejak mula lagi MPN tidak membuahkan hasil dan sekadar berfungsi sebagai penasihat kepada kerajaan.
“MPN sudah gagal dan tiba masanya untuk membubarkannya dengan memberikan kelapangan kepada kementerian-kementerian dan menteri-menteri daripada melayan dan menghadiri mesyuarat majlis yang tidak berkesan ini,” katanya.
Selepas dipecat sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jumaat lalu, Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang media pada Isnin mendakwa Zahid sebenarnya mengetuai gerakan menandatangani SD bagi menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Tajuddin juga mendesak Zahid berundur sebagai presiden dan menyerahkan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Tajuddin juga menuduh Zahid merancang untuk menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15.
Hari ini, Anwar dilaporkan berkata, beliau gagal menjadi perdana menteri selepas mendakwa menolak permintaan untuk mencampuri urusan mahkamah, terutama membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Najib adalah antara pemimpin yang dinamakan yang menandatangani SD menyokong Anwar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.