Tuesday, July 26, 2022

Najib pecat Shafie, lantik firma Zaid Ibrahim kendali kes rasuah SRC

bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali 
ajohari@bh.com.my
- Julai 26, 2022 @ 11:45am

Peguam kepada Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media pada hari terakhir perbicaraan kes SRC International di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2019. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh firma guaman Tetuan Shafee & Co melalui sepucuk surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara kepada pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.

Melalui surat itu, Tetuan Shafee & Co menyatakan bahawa firma guaman itu menerima surat daripada Najib pada jam 5 petang semalam yang memberhentikan Muhammad Shafee dan peguam cara lain daripada firma berkenaan dengan serta merta daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes SRC International.

Menerusi surat yang sama, firma itu menyatakan bahawa Najib memaklumkan yang beliau telah melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners ("ZIST") sebagai peguamcara baharu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-