malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Aug 14, 2022 10:30 AM
Tiada "kerusi Muafakat Nasional" antara Umno dan PAS bagi menghadapi PRU15 selagi mana parti Islam itu kekal memilih Bersatu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii.
Mengulas cadangan pemimpin PAS supaya kerusi Muafakat Nasional (MN) diwujudkan, Razlan berkata ia sudah tidak bermakna lagi kerana Bersatu telah menjadi "racun" kepada hubungan Umno dan PAS.
"Kalau PAS dan Umno kekal formula awal MN, ia tidak akan jadi seperti ini. Dengan MN kita boleh tubuh kerajaan dengan majoriti besar. Namun nasi dah jadi bubur, Bersatu menjadi racun kepada hubungan PAS dan Umno Bersatu menjadi punca pecah belah Melayu.
"Nak bincang dengan macam mana lagi? Di Melaka, Bersatu minta sama jumlah kerusi dibahagi tiga, di Johor, Bersatu dan PAS berkahwin dan menjadi pasangan baik lalu menghentam Umno.
"Bagi Umno, ia mudah, selagi ada Bersatu, tidak akan wujud kerjasama, kita tidak mahu ada perjanjian belakang tabir yang akhirnya akan ditikam dengan muslihat yang sudah sebati dengan politik Bersatu," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohd Zuhdi Marsuki dilaporkan berkata, parti itu perlu segera mencari jalan mewujudkan "kerusi Muafakat Nasional" bersama Umno-BN.
Dia berkata PRU ke-15 boleh diadakan pada bila-bila mulai daripada sekarang dan MN adalah kaedah yang mampu menafikan kemaraan Pakatan Harapan (PH).
Menjelaskan idea tersebut, setiausaha politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata ketika ini parti Melayu berpecah-pecah dalam pelbagai gabungan, termasuk BN, Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).
Mengulas lanjut Razlan berkata, walaupun gabungan parti Melayu berpecah, namun PH turut mengalami situasi sama.
"PH dalam situasi berpecah juga, PKR tidak akan memggunakan logo PH untuk PRU, DAP dan Amanah kekal guna PH.
"Semoga rakyat Malaysia bersatu hati mengundi demi negara yang stabil untuk kita semua.
"BN istiqamah bertanting tanpa kerjasama dengan Bersatu, siapa jua kawan Bersatu, biarlah ia sebegitu," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم MUNGKIN ANDA SECARA TIDAK SADAR TELAH MENGKONSUMSI BABI? Bagi orang muslim h...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.