Thursday, August 18, 2022

UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir

agendaily.com
18/08/2022
Tun Dr Mahathir Mohamad semasa wawancara bersama Agenda Daily.

Bekas Presiden UMNO paling lama dalam sejarah pentadbiran negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu telah menjadi kotor daripada pemimpin tertinggi hinggalah kepada akar umbi parti.

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata UMNO telah dirosakkan oleh Datuk Seri Najib Razak apabila meletakkan habuan sebagai keutamaannya.

“Najib yang juga perdana menteri keenam telah “merosakkan” keseluruhan UMNO dengan meletakkan “habuan” sebagai keutamaan.

“Najib berjaya merosakkan UMNO… (secara) menyeluruh dari ‘top 1’ hingga akar umbi. Semuanya kotor belaka,” katanya menurut FMT.

Sehubungan itu, Dr Mahathir pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya berkata GTA tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun parti itu telah dibersihkan.

Beliau mendedahkan ketika pilihan raya negeri (PRN) Johor, Mac lalu, pengundi negeri itu meminta habuan daripada wakil Pejuang jika mahukan undi mereka.

“Bila kita adakan PRN Johor, orang Pejuang call (hubungi) la kawan-kawan sila undi Pejuang, apa jawapan diterima? ‘Nak bagi berapa’. Jadi UMNO dah berjaya, Najib dah berjaya merosakkan moral orang Melayu sehingga mereka nak bagi undi pun nak kena jual (duit),” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan menegaskan, penangguhan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak berlaku pada zaman pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, peruntukan terus dibuat kepada syarikat Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd (BNS) yang mengambil alih projek berkenaan sehingga RM6.083 bilion itu juga bukan dalam pengetahuannya.

“Adakah projek ini dimulakan semasa saya jadi Perdana Menteri? Saya bukan Perdana Menteri masa projek ini dibuat.

“Saya masih ingat ketika (syarikat Penang Naval Shipyard-Naval Dockyard Sdn Bhd (milikan Amin Shah) mengambil tindakan lari dari sini dan Boustead ambil dia punya syarikat, Bousted dapat projek. Pada masa itu saya bukan Perdana Menteri lagi, macam mana nak kata saya tahu itu dan ini,” katanya.

Semalam, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempersoal tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa membiarkan peruntukan terus dibuat kepada syarikat BNS sehingga RM6.083 bilion walaupun tiada pemberhentian projek berkenaan.

Ia me­nunjukkan kelemahan kerajaan BN dari segi pengurusan dan pemantauan sekali gus menyebabkan wang yang disalurkan kepada BNS habis begitu sahaja tanpa menyiapkan walaupun satu daripada enam LCS seperti dijanjikan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-