Friday, September 30, 2022

Baguslah jadi solo kalau kita kuat, kata Ku Li kepada UMNO

bharian.com.my
Oleh Paya Linda Yahya 
bhnews@nstp.com.my
- September 30, 2022 @ 12:32pm
Tengku Razaleigh Hamzah hadir merasmikan Mesyuarat PIBG SK Pos Brooke Kali ke-21, semalam. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan UMNO perlu bekerjasama dengan parti lain untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurut beliau, tindakan itu perlu kerana parti itu sudah tiada kekuatan seperti dahulu.

"Kita (UMNO) kena bekerjasama dengan orang lain kerana kita tidak ada kekuatan seperti dulu. Saya sudah cakap dulu kita mempunyai 13 rakan dalam parti sekarang banyak daripada anggota-anggota yang pernah menjadi rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) sudah tarik diri.

"Jadi kekuatan dah hilang, dari Sarawak dan parti-parti yang masih kekal dengan kita sudah tidak ada kekuatan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke kali ke-21, di sini, semalam.

Tengku Razaleigh berkata, parti itu juga kini sedang berdepan dengan pelbagai isu sehingga pemimpin lain sudah tidak mampu lagi untuk bertemu dan menjawab persoalan rakyat.

"Kita pun berdepan dengan banyak isu UMNO sendiri. Para pemimpin ada masalah dengan mahkamah ada yang kena tindakan. Jadi mana kekuatan kita.

"Orang-orang kita nak masuk kedai kopi pun takut. Masuk kedai kopi diejek orang dan sebagainya.

"Kita nak solo? Baguslah kita jadi solo kalau kita kuat, tapi dah itu tempat yang tak kuat. Orang kita malu dan takut nak masuk ke kedai kopi, nak bercakap, berkempen mengenai parti kita, bukannya tak bersedia tetapi tidak boleh nak jawab banyak soalan yang ditimbulkan oleh rakyat, jadi mana kekuatan kita," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-