Thursday, September 29, 2022

Guan Eng - PAS harus henti lihat bukan Islam sebagai musuh politik

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 29, 2022 12:15 PM
PAS harus berhenti merendahkan orang bukan Islam apabila mengatakan parti itu sanggup 'berunding' dengan mereka dalam mengangkat agenda perpaduan ummah, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Menurutnya, orang bukan Islam harus dianggap sebagai rakyat Malaysia dan bukannya musuh politik.

“Dengan mengatakan PAS bersedia untuk berunding dengan orang bukan Islam yang mesti terlebih dahulu bersetuju dengan agenda mengutamakan perpaduan ummah, mursyidul am PAS telah menggunakan pendekatan eksklusif, perkauman dan ekstremis terhadap orang bukan Islam.

"Orang bukan Islam tidak seharusnya direndahkan tetapi sebaliknya diangkat secara inklusif oleh mana-mana parti politik yang bertanggungjawab yang mahu menyatukan negara ini. PAS harus diingatkan bahawa bukan Islam adalah warganegara Malaysia, bukannya lawan politik PAS.

"Namun, dengan menyatakan 'kesediaan' untuk berunding dengan orang bukan Islam, PAS telah menjadikan mereka sebagai musuh politik," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim mengulas kenyataan Hashim Jasin kepada Malaysiakini pada Selasa lalu bahawa usaha PAS untuk menyatukan ummah bukan eksklusif kepada parti Melayu-Islam seperti Umno dan Bersatu sahaja.

Menurutnya, mana-mana pihak, tanpa mengira agama, yang bersetuju dengan agenda perpaduan ummah boleh berunding dengan PAS.

Menurut Lim lagi, kenyataan Hashim itu selari dengan sikap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menunjukkan ‘permusuhan terbuka’ dan merendahkan maruah serta hak bukan Islam.

Ini katanya, termasuk menyalahkan orang bukan Islam kerana menjadi punca berlaku rasuah, mengancam kuasa politik orang Melayu, dan campur tangan dalam acara membabitkan bukan Islam seperti mahu mengharamkan konsert, acara Oktoberfest dan Bon Odori.

Katanya, meskpun begitu, Lim berkata Abdul Hadi tanpa ada perasaan malu mengatakan PAS yakin akan meraih sokongan bukan Islam.

"Orang bukan Islam menolak PAS bukan sahaja kerana perkauman dan ekstremisme parti itu, tetapi juga kerana kegagalan mereka dalam pengurusan ekonomi dan tadbir urus yang buruk,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-