Saturday, September 17, 2022

Pemuda BN sokong 100 peratus Ismail Sabri

utusantv.com
Oleh Muhamad Izzat Nasuruden
-September 17, 2022
Pemuda Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

PEMUDA Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan 100 peratus kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Keluarga Malaysia.

Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berkata, Pemuda BN percaya dan yakin usaha yang dibuat kerajaan adalah demi kebaikan rakyat dan wajar diteruskan.

Jelas beliau, segala inisiatif yang baik untuk BN, parti dan negara akan mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.

“Kita juga ingin menzahirkan sokongan kepada kepimpinan parti yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ahmad Zahid antara peneraju terbaik parti dan kita berharap dengan Perdana Menteri untuk memikirkan inisatif terbaik buat rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa hari ini.

Turut hadir ialah Ismail Sabri; Ahmad Zahid dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mengulas lanjut, Amin berkata, Pemuda BN turut menolak propaganda untuk memecah-belahkan parti oleh mana-mana pihak.

Katanya, semua pihak dalam BN perlu bekerjasama dengan baik sekiranya mahu memenangi PRU-15.

“Kita nak nyatakan pendirian bahawa kita menolak sebarang usaha yang boleh memecahbelahkan parti, keharmonian, dan akibatkan keretakan dalam parti menjelang PRU-15.

“Yang penting sekarang ini adalah kepentingan rakyat selepas pandemik. Dalam PRU kali ini, yang paling penting adalah rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-