Thursday, September 22, 2022

Salahuddin Ayub dilantik pengerusi PH Johor

puteradaily.com
September 22, 2022

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor yang baharu.

Ahli Parlimen Pulai itu, yang juga ADUN Simpang Jeram, akan dibantu oleh tiga timbalan pengerusi iaitu Ketua Amanah negeri Aminolhuda Hassan, Ketua PKR negeri Rafizi Ramli dan Ketua DAP negeri Liew Chin Tong.

Jawatan setiausaha pula dipegang Faizul Salleh (Amanah) manakala Bendahari oleh S. Gopalakrishnan (PKR) dan Ketua Penerangan disandang oleh Sheikh Umar Bagharib Ali (DAP).

“Pakatan Harapan Johor mengadakan mesyuarat baru-baru ini bagi memperkemas struktur kepimpinan PH negeri khususnya selepas PKR menyempurnakan kongres tahunan pemilihan parti.

“Hasil keputusan mesyuarat, PH Johor memutuskan Ahli Parlimen Pulai merangkap ADUN Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Pengerusi PH Johor, ”.

PH Johor turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti untuk berdepan segala kemungkinan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-