malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Sep 22, 2022 9:00 AM
Pemimpin Bersatu tetap menghormati pendirian PAS meskipun dilihat agak mengelirukan khususnya membabitkan soal kerjasama dengan Umno.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman, berkata sewajarnya pendirian terkini PAS mengenai BN diulas oleh pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).
"Saya pun sudah berkali-kali menyatakan saya menghormati pendirian PAS dalam politik walaupun ia dilihat agak mengelirukan, dalam keadaan sekarang di mana kepimpinan Umno menolak kerjasama dengan PAS ketika PRU ke-15 nanti," katanya kepada Malaysiakini.
Kelmarin, PAS menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) merupakan musuh mereka pada PRU ke-15 dan bukan BN.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, partinya juga masih percaya bahawa hanya kerjasama dengan Umno-BN atas konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional mampu menjadi formula berkesan untuk menghadapi PH.
Katanya, pendekatan itu diterima majoriti pengundi ke arah mewujudkan sebuah "kerajaan prihatin rakyat".
"PAS amat optimis hanya dengan perpaduan dan kerjasama politik di antara parti-parti utama Melayu-Islam sahaja akan dapat mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru dalam PRU ke-15 nanti," kata Takiyuddin.
Dalam pada itu, Muhammad Faiz berpendapat musuh yang sebenar ialah mereka yang korup, ultra liberal dan ekstremis dalam masyarakat.
"Bagi saya musuh yang sebenar ialah golongan korup, ultra liberal dan ekstremis dalam masyarakat.
"Dan mereka ini boleh berada dalam mana-mana wadah," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم MUNGKIN ANDA SECARA TIDAK SADAR TELAH MENGKONSUMSI BABI? Bagi orang muslim h...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...
-
Fenomena ini lah yang sangat mrnakutkan pemimpin2 UMNO. Tidak pernah dalam sejarah politik tanah air kite kaum kafir menyokong sebuah ...
-
photo hiasan Lembu korban terkorban Ber ribu2 ekor lembu telah terkorban pada hari raya pertama kedua dan ketiga. Tidak kurang pula warg...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.