Saturday, October 15, 2022

Muhyiddin terus ajak orang muda keluar mengundi, pilih masa depan

agendaily.com
15/10/2022
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama ribuan anak muda yang hadir pada program Gegar Anak Johor di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini (15 Oktober 2022).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengajak golongan muda menentukan masa depan negara dengan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tidak lama lagi.

“Yang penting kita ada hak mengundi. Boleh tak saya minta jaminan tuan-tuan, bila sampai hari mengundi, tuan-tuan akan mengundi,” kata berucap di hadapan ribuan anak muda yang menghadiri program Gegar Anak Johor di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini (15 Oktober 2022).

Presiden Bersatu itu berkata sebagai sebuah negara demokrasi semua rakyat mempunyai hak untuk mengundi, termasuk golongan muda.

Katanya, sebagai golongan yang akan menjamin masa depan negara, anak-anak muda perlu menunaikan hak tersebut.

“Sebab itu kita nak tentukan kita bentuk sebuah kerajaan yang boleh jaga kebajikan anak muda, cucu-cicit kita yang akan datang,” katanya.

Beliau yang mesra dipanggil ‘Abah’ turut mengingatkan golongan muda supaya sentiasa menguatkan semangat untuk berjuang supaya negara menjadi sebuah negara cemerlang.

Terdahulu Muhyiddin yang dalam lawatan kerja ke Pagoh menghadiri Majlis Sembang Santai Bersama Masyarakat Gersik dan Jualan Prihatin Rakyat PN di Kundang dekat Pagoh.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagor turut singgah menyaksikan Pertandingan Futsal di Kompleks Sukan Komuniti Kundang.

Muhyiddin mengakui ramai pengundi marah dan tidak suka PRU-15 diadakan ketika musim tengkujuh yang kemungkinan mendatangkan bencana banjir.

Bagaimanapun, beliau berharap kemarahan itu tidak dijadikan alasan mereka untuk tidak keluar mengundi.

Katanya, tindakan tidak keluar mengundi hanya akan memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN).

“Walaupun kita tidak suka pilihan raya, kita kena bagitahu, jangan kerana anda benci, anda tidak mahu pilihan raya, anda tak keluar mengundi, esok BN menang. Anda tak keluar BN menang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-