Saturday, October 15, 2022

UMNO tak cari PAS tapi PAS yang cari UMNO, kata Khaled balas kepada Hadi

agendaily.com
15/10/2022
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengaku partinya enggan bekerjasama bukan kerana Bersatu tidak mementingkan ummah dan bangsa Melayu tetapi kerana kewujudan parti baharu itu untuk menggantikan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin menyanggah kritikan PAS kononnya parti tersebut terpalit dengan isu rasuah yang sehingga hari ini tidak selesai baru-baru ini.

Khaled berkata selama ini PAS sahaja yang sentiasa mencari UMNO untuk bekerjasama dan bukannya UMNO yang mencari PAS dengan menyifatkan parti Islam itu hanya memberi alasan politik semata-mata.

“Rasuah atau tidak itu biar mahkamah tentukan, terdapat seramai tiga juta ahli UMNO dan bukan semuanya ada kes, malahan soal itu bukan hanya berlaku dalam UMNO tetapi juga parti lain. Kalau dia (Abdul Hadi) kata UMNO parti keruh, jadi mengapa sebelum ini mereka berusaha dan cari UMNO untuk menjalin kerjasama. Jadi ini sebenarnya hanyalah alasan politik.

“Perlu ingat bahawa UMNO tidak pernah tercari-cari Pas, sebaliknya mereka yang cari kita jadi jangan tuduh UMNO parti keruh, itu tidak menunjukkan akhlak yang baik oleh seseorang yang menggunakan nama agama dalam perjuangan mereka,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mendakwa UMNO sebagai ‘parti keruh’ sebagai alasan untuk tidak mengadakan kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Terahulu, Hadi mengumumkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersetuju parti itu terus kekal bersama PN bagi menghadapi PRU-15 tidak lama lagi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan PAS itu sebagai suntikan semangat kepada rakan-rakan PN selain menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan PAS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-