malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: Oct 26, 2022 10:14 AM
Satu lagi percubaan untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan diusahakan sebelum pembubaran Parlimen baru-baru ini, dedah Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Tanpa menyebut nama, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata seorang tokoh politik telah berjumpa dengannya dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, antara lain meminta sokongan mereka untuk membentuk kerajaan baharu.
“Kalau Ismail Sabri tak mahu bubar Parlimen, (Yang di-Pertuan) Agong tidak mahu bubar parlimen makna perdana menteri baru akan dilantik. Takkanlah kita nak ikut Britain yang mana seorang perdana menteri ditukar dalam masa 44 hari.
“Dasar Ismail Sabri belum lagi berjalan nak datang perdana menteri baru pula... (Orang) yang nak jadi perdana menteri jumpa kita berkali-kali.
“Mat tolonglah sokong kami kali ini. Saya nak jadi PM, katanya dan jumpa Anwar Ibrahim dan sebagainya,” katanya pada majlis jelajah mega PH di Alor Gajah, Melaka malam semalam.
Namun, katanya, PH menolak permintaan itu.
“Kita kata enough is enough. Tak apa la kamu bubar, kita berdepan pilihan raya.
“Banjir pun nak buat macam mana kalau banjir. Kalau banjir kita berenang ke tempat mengundi. Sebab kalau berlaku banjir itulah kehendak (Presiden Umno) Zahid Hamidi,” katanya.
Dia menambah BN akan menggunakan jentera kerajaan mengangkut penyokong-penyokong mereka ke pusat pengundian semasa banjir.
Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Okt lalu, selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Menurut spekulasi, naib presiden Umno itu menerima tekanan hebat daripada partinya, khususnya daripada Zahid, untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini.
Ini di sebalik penentangan daripada parti pembangkang yang berpendapat bahawa pilihan raya umum perlu diadakan selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku dalam beberapa minggu akan datang.
Bagaimanapun, Umno dan Ismail Sabri turut menyalahkan 12 menteri kabinet daripada Perikatan Nasional yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana membantah pembubaran Parlimen.
Ismail Sabri berhujah bahawa kedudukannya menjadi tidak dapat dipertahankan selepas 12 menteri PAS dan Bersatu itu membelakanginya.
Dalam ucapannya, Mat Sabu mendakwa tindakan 12 menteri PN itu sebagai “biadap” kerana menarik balik sokongan kepada Ismail Sabri.
“Sekarang ketua eksekutif ialah Ismail Sabri yang hantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, tiba-tiba 12 menteri kabinet hantar surat, mereka biadap terhadap PM mereka.
“Pengkhianat ini dia khianat kita, dia khianat PM (Ismail Sabri). Sebab itu pengkhianat ini jangan kita percaya. Sekali dia khianat dia akan khianat terus.
“Kita dia khianat, Muhyiddin Yassin, Azmin (Ali)... dia juga khianat Ismail Sabri. Mana boleh (hantar) dua surat kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong. Ertinya 12 menteri kabinet termasuk daripada PAS tiga menteri buat undi tidak percaya kepada Ismail Sabri,” kata Mat Sabu.
Untuk rekod, Amanah adalah parti serpihan PAS dan Mat Sabu pernah menjadi timbalan presiden parti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 4, 2024 11:43 AM Bekas naib ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman membidas Ahli Majlis Kerja Terti...
-
malaysiakini.com Hariz Mohd Diterbitkan: Oct 9, 2024 12:24 PM SPRM sedang mempertimbangkan untuk memanggil bekas Menteri Pendidikan Mahdzir ...
-
harakahdaily.net October 7, 2024 Ahmad Fadhli Shaari KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini memohon maaf kepad...
-
malaysiakini.com Mohamad Izwan Zainal Diterbitkan: Oct 7, 2024 Dengan keadaan dan cabaran semasa Malaysia hari ini. Kelompok Bumiputera jela...
-
freemalaysiatoday.com Mikha Chan 07 Oct 2024, 11:32 PM Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan lepas Zahid Hamidi daripada tuduhan ...
-
kosmo Online Oleh MOHD YUNUS YAKKUB 5 Oktober 2024, 8:43 am SEBANYAK 1,037 aduan melibatkan bekalan minyak masak peket diterima KPDN sepanja...
-
freemalaysiatoday.com Bernama 06 Oct 2024 Mohd Na’im Mokhtar sokong ketegasan siasat larian didakwa disertai pelancong asing berpakaian kura...
-
bharian.com.my Oleh Austin Camoens bhnews@bh.com.my - Oktober 4, 2024 @ 11:28am Gambar hiasan SUNGAI BULOH: Hampir 2,000 mangsa membabitkan...
-
bharian.com.my Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 7, 2024 @ 9:55am bhnews@bh.com.my Alas kaki yang dijual di Pasar Lebuh Cecil, Georgetown ad...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 10, 2024 Pembangkang mempersoal sambutan meriah dan “luar biasa” terhadap rombongan pelatih tentera Chin...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.