Monday, October 10, 2022

PM sampaikan perutusan khas jam 3 petang ini

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 10, 2022 1:46 PM
Di tengah-tengah spekulasi pembubaran parlimen, Perdana Menteri Ismail Sabri akan menyampaikan perutusan khas pada jam 3 petang ini.

Ismail Sabri melalui akaun Twitter menyertakan hantaran poster makluman perutusan itu yang akan disiarkan di media utama, antaranya RTM, Bernama, TV3, Astro Awani dan FB Live.

Bagaimanapun, hantaran naib presiden Umno itu tidak memaklumkan butiran terperinci mengenai perutusan khas tersebut.

Semalam, New Straits Times melaporkan bahawa perdana menteri Ismail Sabri Yaakob telah diperkenan menghadap Agong petang semalam.

Akhbar itu kemudian mendakwa bahawa Ismail telah mendapatkan perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Begitu juga dengan China Press, yang memetik "sumber yang boleh dipercayai" tanpa nama, mendakwa Ismail Sabri dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen pada jam 3 petang hari ini.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata sidang Dewan Rakyat esok akan dijalankan seperti biasa, dengan membahaskan pembentangan Bajet 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-