malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Oct 14, 2022 10:02 PM
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata masih ada ruang untuk kerjasama politik antara parti itu dengan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau berkata pucuk pimpinan kedua-dua parti itu perlulah mengambil pendekatan yang bijaksana kerana pada peringkat bawahan pemuafakatan kedua-dua parti masih boleh diterima.
“Saya nampak sebenarnya UMNO dan PAS boleh menjadi tunjang dan saya tidak nampak sangat parti-parti yang lain.
“Jadi sebenarnya kerjasama UMNO dengan PAS ini tersangat penting dan tidak dapat tidak, mesti bekerjasama,” beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Ketereh dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor, di Kota Bharu hari ini.
Annuar mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini bahawa PAS masih terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik pada PRU15, termasuklah merealisasikan penyatuan ummah.
Annuar berkata pada pemerhatiannya, PAS dilihat tidak menutup pintu kerjasama dengan UMNO dan beliau memahami situasi mereka.
“Ruang untuk bekerjasama masih ada sebab itulah tidak perlu terlalu emosi sebaliknya terus menggunakan setiap peluang yang ada untuk terus berunding.
“Kita faham dan tidak mahu menekan PAS kerana mereka ahli-ahli parti (Perikatan Nasional) secara berdaftar dan ini bukan satu perkara yang mudah untuk mereka mengumumkan keluar (PN) semata-mata kerana mahu bersama dengan UMNO tetapi muafakat dalam kalangan rakyat dan pengundi sudah berlaku di akar umbi,” katanya.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 14, 2023 2:28 PM Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, menyatakan rasa gelisahnya apabila melihat keadaan se...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Jul 13, 2022 Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menye...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
Norman Goh | Diterbitkan 26 Jul 2018, 8:49 pagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi ke China bulan depan...
-
agendaily.com 21/11/2022 ADUN UMNO Perak yang bersekongkol dengan DAP. Memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa “Nak membina memakan masa berta...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.