04/11/2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang tidak dicalonkan oleh UMNO bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini, hari ini membuka ‘pekung’ Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi satu warkah terluka dan kecewa yang dimuat naik dalam Facebook beliau hari ini (3 November 2022), Annuar mendedahkan Zahid menandatangani surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan ahli Parlimen bersetuju melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Zahid dan Anwar sudah diketahui adalah kenalan rapat sejak zaman Pemuda UMNO dahulu, malah kedua-duanya sering bertukar dan berkongsi strategi politik masing-masing.
Annuar juga mendedahkan rancangan untuk menggagalkan Bajet 2021 ketika pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi turut berjaya digagalkan.
“Namun tindakan kita tentunya tidak disenangi Presiden… Jelas pembubaran Parlimen yang mahu disegerakan, telah diambil kesempatan,” kata Annuar lagi.
Berikut adalah warkah terbuka itu:
Warkah Terbuka Buat Sahabat Yang Terluka Atau Kecewa
Assalamualaikum WM WB Sahabat yang dikasihi,
Semoga kalian dalam keadaan yang baik serta sihat walafiat di kawasan masing-masing.
Kita sedang melalui ujian yang besar, teguhkan pendirian dan mantapkan kekuda perjuangan.
Penyingkiran kita bukan perkara yang tidak diduga, kita harus redha, kerana itulah harga untuk kita tegakkan pendirian ketika ada perbezaan pendapat dengan Presiden. Kita ahli-ahli Parlimen istiqomah bersama PM, kerana kita YAKIN ITU YANG TERBAIK BUAT PARTI KITA. Kita sering berbeza pendapat dengan Presiden parti kita, akan tetapi kita tidak pernah membelakangkan parti, malah kita istiqomah mempertahankannya, didalam mahupun diluar Parlimen.
Kita tentu faham ketika kita menongkah arus, menolak kehendak Presiden kita berkali kali. Kita menggagalkan rancangan beliau, kerana kita merasakan cara kita lebih baik, lebih benar buat parti.
Siang dan malam kita berkumpul berbincang bila mana ada perbezaan pendapat dan kita sentiasa bersama.
a) Ketika presiden kita menandatangani surat kepada SPB YDP Agong dengan menyatakan ahli Parlimen bersolidariti, bersetia dan bersetuju Anwar Ibrahim di angkat sebagai PM ke-9. Kita dengan tegas menolak, kerana kita berpegang pada dasar parti dan PAU, ‘NO ANWAR NO DAP’. Kita tidak salah, kita berbeza pendirian dengan individu bukan parti.
b) Rancangan mengangkat Anwar yang kita gagalkan itu, berganti pula dengan percubaan menggagalkan belanjawan 2020, sebagai strategi ‘VOTE OF NO CONFIDENCE’ kepada kerajaan dan PM ketika itu, namun kita sekali lagi bersolidariti dan meluluskan setiap undian yang mencemaskan di Dewan Rakyat.
c) Apabila 15 sahabat MP kita tiba-tiba menarik sokongan dan ingin menjatuhkan PM ke-8 dan kita diarah oleh Presiden melalui SUA untuk berbuat perkara yang sama, kita memilih cara yang lain untuk menyelamatkan parti kita dan sebaliknya kita mengikhtiarkan permuafakatan yang mengangkat DSIS sebagai PM ke-9, kita tidak salah.
Kita tentu ingat bagaimana kita berusaha siang dan malam untuk menyelamatkan parti kita.
Banyak lagi perkara dan peristiwa bagaimana kita Ahli Parlimen dan PM berperanan dan berusaha untuk membawa UMNO, BN ke mana kita berada hari ini dan kita tidak salah.
Namun tindakan kita tentunya tidak disenangi Presiden namun kita yang telah berjaya menyelamatkan parti kita. Saya faham pendirian kita telah membawa kepada fitnah bertubi-tubi kononnya kita tidak setia, kita besar kepala, kita lupa kerana telah dapat jawatan, kita Pro PPBM, kita Pro PAS dan lain-lain cercaan. Sedih dan pilu bila humbanan tuduhan menjadi semacam satu ejekan, namun kita harus redha, kita tidak salah.
Pernahkah kita bayangkan dimana parti kita hari ini, kalau kita telah memusuhi parti-parti yang pernah menghulur tangan membantu kita? Di mana kita jika Warkah kepada SPB YDP Agong supaya mengangangkat Anwar menjadi PM, kita ia kan? Apa telah jadi kepada parti kita jika kerajaan terbubar, saat pandemik Covid-19 masih melanda dan rakyat marah kepada ‘politicking’ berterusan?, fikir fikirkanlah.
Kita ahli-ahli Parlimen beristiqomah bersama YAB PM dan MP yang menyokong kerajaan, menjaga permuafakatan, ketika api kebencian terus menerus dinyalakan. Kita lakukan demi menjaga maslahah parti kita. Alhamdulillah kita berjaya dan kejayaan menjadikan parti kita turut berkuasa dalam pemerintahan. Ini tidak di senangi oleh sebilangan orang, mungkin yang mula memikirkan pemilihan tahun depan, yang memikirkan kedudukan.
Jelas pembubaran Parlimen yang mahu disegerakan, telah diambil kesempatan. Kita digugurkan, dengan cara yang seolah-olah tiada perlembagaan, tiada peraturan, jauh sama sekali tali persahabatan.
Saya faham kalian marah dan kecewa dengan cara kalian dilayan, tetapi bersabarlah.
Kita bertindak bukan sendirian, tetapi hasil pemikiran mendalam dan telah membuahkan hasil dan kekuatan kepada BN. Kita harus berbangga kerana mempertahankan kebenaran.
Jangan tinggalkan perjuangan walau kita diaibkan dan jangan membakar jambatan kerana perjalanan masih panjang di hadapan.
Marah jangan dibalas marah, hutang darah tak perlu dibayar darah. Perjuangan kita lebih besar dari itu. Baluti luka hati dengan iman dan kesabaran seorang pejuang.
Kembalilah memimpin anak dan adik-adik kita yg bertatih. Pulihkan jentera yang berduka. Jika tidak berupaya memenangkan, setidaknya jangan mengalahkan. Parti perlu didahulukan.
TERUSKAN SEMANGAT MUAFAKAT DAN PERPADUAN. TOLAK KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN. JANGAN JADIKAN PARTI PERISAI BADAN MELINDUNGI KECURANGAN. AMANAH RAKYAT JANGAN SIA-SIAKAN DAN CURANG.
Terima seadanya soal pencalonan dengan kesabaran. Rapatkan semula saf dan terus berjuang.
Tan Sri Annuar Musa.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh
Presiden MN Malaysia

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.