Sunday, November 27, 2022

Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

bharian.com
November 27, 2022 @ 11:52am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Antara pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus; pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Satu sidang media dijangka diadakan selepas mesyuarat itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Semalam, Anwar dilaporkan berkata mesyuarat mengenai kos sara hidup itu perlu diadakan segera berikutan terdapat keperluan mendesak berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan beberapa pelan tindakan segera dan jangka panjang bagi mengatasi masalah berkaitan kos sara hidup.

Jumaat lalu, dalam sidang media pertamanya selepas memulakan tugas rasmi, Anwar menegaskan isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan perpaduan pimpinannya bagi mengurangkan beban dialami rakyat ketika ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-