Wednesday, November 23, 2022

Jamal sokong Zahid nak bawa masuk UMNO dalam PH bersama DAP, bidas MCA

agendaily.com
23/11/2022
Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Langkah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) yang di dalamnya terdapat DAP juga mendapat sokongan Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berang dengan tindakan MCA yang mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid untuk berundur sebaliknya membidas mereka kerana tidak mahu mengikut langkah untuk menyertai PH dan DAP bersama-sama membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

“Saya rasa sepatutnya MCA yang kena berundur, MCA ini dah tak ada dah. Dah tak wujud dah sepatutnya.

“Saya di bahagian di Parlimen Sungai Besar melihat perangai MCA saya rasa Barisan Nasional ini perlu dibubarkan dan UMNO kena bersendirian.

“Jadi no point ada (MCA) dalam komponen Barisan Nasional tetapi seolah-olah mereka yang menjadi abang long dan mereka yang besar kepala. Padahal mereka bukan ada apa-apa pun,” katanya dalam sidang media di bangunan UMNO malam tadi.

Terdahulu, MCA mendesak Zahid berundur kerana didakwa menipu Yang di-Pertuan Agong dengan menghantar surat semalam mengatakan kononnya semua 30 Ahli Parlimen BN menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) ke-10.

“Surat yang diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu secara jelas melanggar ketetapan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi BN dan dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woo dalam kenyataan hari ini (23 November 2022).

Beliau menjelaskan surat dihantar Zahid itu bukan keputusan konsensus BN.

Beliau menegaskan bahawa isi kandungan surat bertarikh 22 November 2022 dengan menggunakan kepala surat BN yang ditandatangani Zahid mengenai BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Anwar sebagai PM bukan keputusan konsensus Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 22 November.

Jamal dalam sidang media sama menegaskan semua MP BN perlu patuh dan mengikut keputusan Zahid untuk bergabung dengan PH dan DAP kerana sudah menandatangani surat akujanji sebelum ini semasa menerima watikah pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-