malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Nov 21, 2022 8:13 AM
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen esok, bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Muhyiddin berkata dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama PN, tidak menghalang PN untuk membentuk kerajaan melalui sokongan daripada ahli Parlimen.
"Kalau ada ahli Parlimen yang membuat keputusan untuk menyokong saya, itu hak ahli Parlimen bersandarkan perlembagaan negara. Perlembagaan kata seseorang yang mahu menjadi perdana menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Parlimen iaitu (sekurang-kurangnya) 112 kerusi," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu, di sini malam ini.
Beliau juga menjelaskan bahawa Akta Anti Lompat Parti tidak menghalang mana-mana parti walaupun bukan daripada PN sendiri untuk menyokong beliau sebagai perdana menteri.
"Mereka tidak keluar daripada parti tetapi mereka secara individu sebagai ahli Parlimen hatta daripada Bebas sekalipun boleh menyatakan sokongan kepada saya. Itu tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti," katanya.
Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, esok.
PRU15 semalam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi untuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas yang menang.
Majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan adalah 112 kerusi.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
by MT Webmaster (Bernama) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda ...
-
Ramai bloggers pro UMNO tulis posting yang bertajuk 'Jualan Harakah merosot', Wak tak fikir demikian, sebenarnya jualan Harakah sema...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
freemalaysiatoday.com Bernama -11 Sep 2024, 08:07 PM Polis dilaporkan menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa Kok mengenai isu pensij...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.