Tuesday, November 22, 2022

Tiada keputusan lantikan PM, tunggu jawapan Agong, kata Anwar

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-November 22, 2022 6:09 PM
PETALING JAYA: Tiada keputusan rasmi setakat ini berhubung pelantikan perdana menteri ke-10, kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, segala keputusan akan diserahkan kepada hemat Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Tiada apa-apa keputusan lagi setakat ini,” katanya selepas Agong sambil secara berseloroh berkata, pada masa ini terdapat kekosongan jawatan terbabit dan ia dibuka untuk permohonan.

Anwar berkata, Agong menitahkan keperluan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang inklusif untuk semua kaum, agama dan wilayah.

“Saya bersyukur dan mengalu-alukan semangat kerajaan perpaduan yang kebetulan saya sebutkan semalam.
“Perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak supaya kerajaan ini lebih kukuh, boleh tumpu perhatian menjaga kepentingan rakyat dan memulihkan ekonomi.
“Jadi saya telah menerima pandangan baginda untuk memberi kita sedikit masa dan memberi pertimbangan serta kebijaksanaan untuk memutuskan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut meluahkan rasa yakin bahawa beliau akan memperoleh majoriti mudah.

“Buat masa ini, tidak timbul persoalan untuk membentuk kerajaan minoriti,” tambahnya.

Terdahulu, Sultan Abdullah bertitah, baginda akan membuat keputusan dalam masa terdekat mengenai siapa yang akan membentuk kerajaan, tidak lama selepas Ismail yang juga Naib Presiden Umno, mendedahkan Barisan Nasional (BN) tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan.

Dalam kedudukan sekarang, PH memiliki wakil rakyat terbanyak iaitu sebanyak 82 orang berbanding 73 orang PN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-