malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Nov 30, 2022 8:47 AM
Pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Agong semalam mencetuskan spekulasi bahawa ia ada kaitan dengan pembentukan kabinet baharu.
Istana Negara semalam berkongsi gambar yang menunjukkan Anwar menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah buat kali pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri ke-10 - tetapi tiada butiran lain dikongsikan.
Sejak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Khamis lalu, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu masih belum mengumumkan kabinet baharunya, selain berulang kali menegaskan bahawa saiznya akan lebih kecil berbanding pentadbiran sebelum ini.
Anwar memberitahu media pada Isnin bahawa pengumuman akan dibuat "sesegera mungkin", namun menambah bahawa dia perlu mendengar pandangan semua pihak "kerana kerajaan perpaduan melibatkan banyak pihak".
Sumber yang rapat dengan pejabat tertinggi parti yang menyokong kerajaan perpaduan mendakwa pengumuman itu mungkin dibuat seawal hari ini (Rabu).
"Tunggu pengumuman," kata orang dalam parti itu.
“Ia mungkin berlaku esok (hari ini),” tambahnya.
Bagaimanapun, seorang pembantu kepada Anwar mengetepikan spekulasi itu dengan mengatakan bahawa pertemuan Anwar dengan Agong semalam hanyalah formaliti selepas beberapa hari memegang jawatan.
"Tidak... Lihat meja, ia kosong," kata pembantu itu sambil menunjukkan meja antara Anwar dan Sultan Abdullah seperti dalam gambar dari Istana Negara.
Dia juga menafikan akan ada sebarang pengumuman dibuat mengenai kabinet baru hari ini.
Menurut pembantu itu, dia akan tahu jika ada rancangan sedemikian kerana pegawai Anwar perlu membuat persiapan lebih awal.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, yang merupakan sebahagian daripada kepimpinan tertinggi parti itu, turut menafikan mempunyai maklumat mengenai kabinet baru Anwar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
by MT Webmaster (Bernama) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda ...
-
Ramai bloggers pro UMNO tulis posting yang bertajuk 'Jualan Harakah merosot', Wak tak fikir demikian, sebenarnya jualan Harakah sema...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
freemalaysiatoday.com Bernama -11 Sep 2024, 08:07 PM Polis dilaporkan menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa Kok mengenai isu pensij...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.