zuhayati
Bimbang lebih banyak lantikan politik selepas ini
BANGI,27 Jamadilawal 1444H, Khamis – Pelantikan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra – yang ditangguhkan – tak mustahil hanya sebagai lakonan politik Pakatan Harapan (PH) semata-mata.
Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob pelik kerana sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui akan melantik lebih ramai lantikan politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Ini bermaksud Anwar merancang untuk membuat lantikan politik yang lebih banyak selepas ini.
“Bagi saya lantikan politik ke agensi kerajaan adalah perkara biasa, tetapi PH selama ini sering berdrama seolah-olah mereka tidak akan membuat lantikan politik,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang berkata wujud kekeliruan lantikan politik dalam GLC.
Semalam, Anwar juga menangguhkan pelantik Ahmad Jazlan ke jawatan Pengerusi Felcra yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, minggu lalu.
Ahmad Zahid ketika mengumumkan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra berkata, perkara berkenaan diputuskan selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.
Mengulas lanjut Fathul Huzir berkata, PH kini terpaksa membuat u-turn selepas sekian lama bermain wayang palsu.
Malah Fathul berkata, dia sendiri tidak terkejut sekiranya Perdana menteri akan melantik diri sendiri mempengerusikan Khazanah.
Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/12/21/lantikan-ahmad-jazlan-sebagai-pengerusi-felcra-ditangguh/
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.