Thursday, January 26, 2023

Amanah Kedah sokong pakar Singapura dibawa masuk KPKT, pertahan menteri DAP

agendaily.com
26/01/2023

Parti Amanah Kedah mempertahankan menteri DAP.

Langkah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming yang mahu membawa masuk pakar dari Singapura disokong Parti Amanah Kedah.

Pengerusi Amanah negeri, Dr Ismail Salleh mempertahankan keputusan untuk mendapatkan khidmat pakar dari Singapura dan menyifatkan kritikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai tidak wajar.

Jelasnya, kualiti perumahan rakyat yang dibuat oleh Singapura melalui HDB sangat tinggi berbanding dengan Malaysia.

“Apa salahnya kita belajar kebaikan yang dibuat oleh Singapura. Rasulullah sendiri berkata ‘tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China’

“Takkan kerana kita nak tiru perumahan di Singapura maka kita akan bawa semua perkara dari Singapura.

“Ini pemikiran cetek dan berniat jahat Sanusi yang sengaja mahu mengapikan semangat perkauman yang negatif untuk menjaga kepentingan politik PAS,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu.

Terdahulu, Sanusi dalam satu ceramah antara lain mendakwa DAP mahu melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) bagi menguasai kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu dakwanya, Pakatan Harapan juga mahu merealisasikan agenda ‘the new Silk Road’ yang menjadi dasar kerajaan China.

Kontroversi tercetus selepas Kor Ming sebelum ini mengesahkan kerajaan akan menerima pakar dari Singapura bagi membantu dalam isu perumahan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-