malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Jan 29, 2023 6:22 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi.
Namun, sumber dalam kerajaan yang tahu berkenaan perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa jawatan itu tidak dibayar gaji.
"Saya boleh katakan ia bukan peranan bergaji," kata seorang sumber.
Anwar turut mengesahkan perkara ini dalam sidang media hari ini.
"Saya tak bayar apa-apa elaun kepada dia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat khidmatnya di Tambun, Perak.
Anwar yang juga menjadi menteri kewangan turut tidak mengambil gaji.
Nurul Izzah memaklumkan tentang peranan barunya itu dalam wawancara bersama The Star yang diterbitkan hari ini.
"Sementara saya tiada di Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat, saya kini berkhidmat dalam kerajaan dalam dasar awam dan pelaksanaan dasar," katanya.
Naib presiden lantikan PKR itu merupakan antara pemimpin utama yang menjadi korban kepada "gelombang hijau" PN di utara semenanjung, selepas tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Nurul Izzah berkata dia berharap dapat menggunakan pengalaman lalunya sebagai ahli parlimen, kerjanya dalam isu kemiskinan, pendidikan vokasional dan teknikal serta ketika dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk berkhidmat sebagai penasihat Anwar.
Belanjawan 2023
Antara tugasnya pada masa ini adalah melakukan libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk orang ramai, untuk Belanjawan 2023.
"Sebagai sebahagian daripada persiapan belanjawan, kita bukan saja telah jumpa kumpulan perniagaan dan pihak berkepentingan biasa lain, tetapi kita juga sedang mendapatkan input dari rakyat, terutama daripada B40, dan tidak lupa juga M40.
"Arahan dari perdana menteri jelas: Bercakap dengan rakyat dan dengar idea, kebimbangan dan harapan mereka. Mereka adalah pihak berkepentingan paling utama," katanya lagi.
Dia sebelum ini memaklumkan mengalami keguguran ketika menjalankan tugas, termasuk berulang-alik antara Pulau Pinang dan Putrajaya.
Sementara itu, Nurul Izzah berkata peranan terbarunya ini akan membolehkannya menggalas tanggungjawab baru di tengah keadaan ekonomi yang mencabar.
"Namun, saya yakin dapat menyumbang kepada evolusi Malaysia yang bukan saja mengejar pertumbuhan semata-mata demi pertumbuhan, tetapi negara yang mengangkat semua strata masyarakat dan memberikan kesaksamaan dalam peluang.
"Orang muda tidak boleh hilang harapan pada negara. Keadaan mungkin tidak dapat bertambah baik dalam masa singkat, tetapi keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan Malaysia yang diwarisi mereka di masa akan datang," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
-
Apa bila terpandang aje gambar poto ni, wak rasa sangat geli nak masuk restoren ................ Anda semua bagai mane pula? Walaupun ianya ...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.