Thursday, January 26, 2023

UMNO kena beri Nur Jazlan upah sebab kuat menyalak, kata Pemuda PAS

agendaily.com
26/01/2023
Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kerajaan dan pemimpin UMNO digesa memberi upah kepada Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana kuat menyalak dan mengkritik parti lain.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata Nur Jazlan sejak kalah dua kali berturut-turut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hilang pertimbangan dan elok diberi jawatan kerana sering membodek Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kasihan makhluk ini, bersungguh-sungguh menonjolkan diri kepada pimpinan partinya yang ada kuasa dalam kerajaan, berilah sesuatu kepada Nur Jazlan ini sebagai upah menyalak. Tiada isi, tulang pun ok,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas Nur Jazlan yang menyerang PAS berhubung isu sedekah dibangkitkan semasa kempen PRU-15 lalu.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan ahli-ahli UMNO turut disaran berpakat kumpulkan dana bagi memberi sumbangan atau sedekah kepada Nur Jazlan untuk membuat pemeriksaan mental.

“Saya baca kenyataan beliau (Nur Jazlan) berhubung isu ‘sedekah’ dan ‘rasuah’. Seorang lagi pemimpin UMNO yang pura-pura tidak faham konteks sedekah yang dimaksudkan iaitu pemberian wang daripada selain calon atau wakil calon dan tiada kaitan dengan calon.

“Dan sekarang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka kertas siasatan, apa perlu dikalutkan? Apa yang pasti, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) yang juga Presiden UMNO sedang dan akan habiskan banyak masa ke mahkamah,” katanya lagi.

Menurut Fadhli lagi, hakikatnya Nur Jazlan dilihat mempunyai masalah psikologi apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta Presiden UMNO berundur Pengerusi UMNO Johor sendiri bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, namun dia menongkah arus dengan berdiri menjadi penyokong tegar Presiden.

“Katanya, UMNO Johor tidak bermesyuarat dalam hal ini. Benarkah? Atau dia sendiri sedang dipulau?” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-