Saturday, March 18, 2023

Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO

agendaily.com
18/03/2023
UMNO akan terus bersama Pakatan Harapan sehingga habis penggal Parlimen ke-15.

Hasil kerjasama dengan UMNO sehingga dapat membentuk kerajaan campuran akan memberi suntikan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mendapatkan sokongan orang muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan sokongan orang muda beralih semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, tetapi senario itu akan berubah pada PRN kerana kini sudah mendapat suntikan baharu hasil kerjasama dengan UMNO.

“Ada orang kata orang muda telah meninggalkan kita, itu kerana kita belum santuni mereka dengan baik.

“Semalam hari Jumaat di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), saya alhamdulillah rasa selesa anak muda itu orang pintar boleh berfikir, boleh menilai dan InsyaAllah dalam PRN akan datang kita akan lihat orang muda hijrah kembali kepada dasar perjuangan kita,” katanya semasa berucap di kongres khas PKR hari ini.

Namun, Anwar yang juga Perdana Menteri menggesa supaya kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dimantapkan, selain kerjasama dengan parti-parti lain dalam kerajaan campuran diperkukuhkan lagi untuk menghadapi PRN nanti.

“Saya juga ingin sebut disini, keperluan kita memantapkan kerjasama bukan sahaja dalam PH sebagai kekuatan induk, tapi dengan UMNO-Barisan Nasional (BN), GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah),” katanya lagi.

Untuk rekod, PH dan UMNO paling teruk mendapat sokongan pengundi muda semasa PRU-15 lalu apabila gagal mendapat majoriti daripada kelompok tersebut yang lebih memberi sokongan banyak kepada Perikatan Nasional (PN).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-