malaysiakini.com
B Nantha Kumar & Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Mar 18, 2023 12:04 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada seteru politik bahawa dia bersedia berdepan cabaran oleh pihak yang cuba menumbangkan kerajaan persekutuan.
Dalam ucapan dasar di Kongres Khas PKR di Shah Alam hari ini, Anwar berkata, dia selaku presiden parti itu tidak akan berdiam diri dengan ancaman pembangkang untuk menumbangkan kerajaan perpaduan yang diterajuinya.
"Ini gelanggang saya, sebagai presiden PKR, empat bulan saya bersabar. Saya bicara cara teratur sebagai perdana menteri.
"Hari ini saya bicara sebagai presiden PKR, sebuah gerakan reformasi. Mahu ugut kita dengan perhimpunan, ugut bahawa kita takut bertindak kepada orang rasuah.
"Saya tak makan ugutan itu. Ada kuasa kita laksanakan.
"Kamu cuba rampas (kerajaan) silakan.... Tetapi, kami (ahli PKR) siap dengan keris, membujur lalu, melintang patah," katanya.
Walaupun tidak menamakan mana-mana pemimpin pembangkang, Anwar dipercayai merujuk kepada gabungan parti Perikatan Nasional (PN) yang menjadi kerajaan sebelum ini.
"Ramai bekas pemimpin rasuah, apabila diberi peluang memimpin, mensia-siakan kekayaan negara dan mengkayakan ahli keluarga mereka menjadikan anak mereka jutawan.
"Saya akan lawan mereka dan saya akan lawan bersungguh-sungguh," tegasnya.
Kira-kira 1,300 perwakilan yang mewakili 222 cabang PKR dari seluruh negara berkumpul di Stadium Melawati hari ini untuk menghadiri kongres khas.
Kongres berkenaan diadakan menjelang pilihan raya negeri , sebagai pengganti perhimpunan tahunan parti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
BERNAMA Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca DUA patung ukiran berbent...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.