malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Mar 1, 2023 9:45 AM
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa negara ini akan dikuasai oleh golongan bukan Islam sekiranya kaum Melayu tidak mempunyai kesedaran politik.
Bercakap pada program Dialog Ulama: Negarawan bertajuk Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini di Kuala Lumpur malam tadi, Hadi berkata bahawa kedudukan politik sangat penting bagi masyarakat Melayu di negara ini.
"(Selepas PRU15)... saya jumpa Tun Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) walaupun di luarnya nampak berbalah tapi di belakang baik bincang-bincang.
"Dia jemput saya datang ke rumah dia, saya pergi. Dia sangat runsing melihat pilihan raya baru-baru ini.
"Walaupun, Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan mendapat undi Melayu dan orang Islam paling besar, Pakatan Harapan (PH) dapat undi bukan Islam (menubuhkan kerajaan).
"Peratus bukan Islam yang keluar mengundi 98 peratus. Peratus orang Melayu yang keluar mengundi 68 peratus. Ia sangat membimbangkan," katanya.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, masyarakat Melayu perlu menyedari tentang kepentingan untuk keluar mengundi.
"Tapi, orang kita masih pandang buat umrah sunat lebih afdal daripada (keluar) mengundi.
"Kalau macam ini negeri kita akan dikuasai oleh orang (bukan Islam) akan datang ini. Bahaya yang kita tak sedar, perlunya pilihan raya, perlunya politik," katanya.
Pada PRU yang lalu, gabungan PN diterajui dua parti besar PAS dan Bersatu menang 74 kerusi berbanding PH 82 dan BN 30.
Walaupun, gagal menubuhkan kerajaan, PN menguasai sebahagaian besar kawasan majoriti Melayu selain berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Perlis.
Hadi juga menyatakan bahaya sekiranya masyarakat Melayu menghindar kepentingan mengundi.
"Kalau orang kita 68 peratus keluar mengundi dan 98 peratus bukan Islam keluar mengundi. Ini sangat bahaya jumlahnya sikit. Kalau kita tak keluar ia boleh (masyarakat lain) menguasai.
"Alhamdulillah dalam parlimen, ahli parlimen Islam bumiputera 160 sudah mencecah dua pertiga kerana berpecah. Sepatutnya boleh kuasai, tapi ini hal orang politik, tak nak bersatu.
"Contohnya di Perak, Pahang kita dapat kerusi besar bergabung dengan Umno boleh buat kerajaan.
"Tapi, orang Umno (fikir) kalau kerjasama dengan PAS, parti itu akan bunuh Umno. Padahal, PH yang bunuh Umno," katanya.
Pada pilihan raya itu, Umno mengambil keputusan bekerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Pahang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 2, 2025 1:06 PM Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Saleh mengenal pasti individu dari MCA yang mendakwa...
-
malaysiakini.com Shakira Buang & Ili Aqilah & Zarrah Morden Diterbitkan: Feb 4, 2025 5:37 PM PARLIMEN | Yang Dipertua Dewan Rakyat, ...
-
freemalaysiatoday.com Faiz Zainudin 30 Jan 2025, 07:00 PM Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Hafiz Alias, jawab pengarah komunikas...
-
harakahdaily.com Tuan Guru Abdul Hadi Awang February 3, 2025 KUALA LUMPUR: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai Presiden PA...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 31, 2025 10:46 AM Penunjuk perasaan membaling telur di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia sema...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 5, 2025 8:41 AM Pemuda MCA Petaling Jaya membuat laporan polis semalam, menggesa pihak berkuasa menyiasat...
-
harakahdaily.com February 5, 2025 KOTA BHARU: Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik mulai Julai ini sebagaimana diumumkan, telahmendap...
-
bharian.com.my Oleh Essa Abu Yamin essabuyamin@bh.com.my Februari 1, 2025 @ 8:11pm Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil (kiri) dan Menteri...
-
malaysiakini.com Zarrah Morden Diterbitkan: Feb 3, 2025 3:35 PM Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata tarif elektrik perlu dinaikka...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 3, 2025 9:00 PM Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung menegur Pemuda PAS agar berhenti mengeluarkan ken...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.